Menu

Ketahui 8 Tips Menguatkan Minda Ketika Belajar

0 Comments


Minda ialah daya berfikir seseorang mengenai sesuatu perkara. Ia berkait rapat dengan sel otak yang menerima sesuatu ransangan dan melepaskan kepada semua tubuh. Secara teorinya, bagi menguatkan minda ketika belajar perlu kepada caranya tersendiri. Antara cara-caranya ialah:

1. Bersukan

Pastikan sentiasa mengamalkan riadah dalam kehidupan. Ini dapat membantu pengaliran darah dalam tubuh serta merangsangkan kecerdasan minda. Ia amat penting bagi pelajar untuk mengekalkan momentum minda serta kesihatan yang berterusan.

2. Pastikan Kebersihan Diri

Ramai yang tidak tahu kekuatan minda berkait rapat dengan kebersihan diri. Keyakinan diri akan wujud sekiranya kebersihan terjaga. Kebersihan diri adalah salah satu faktor kepada kecerdasan minda.

3. Guna Kata Kunci (Keyword)

Perkara yang berkaitan dengan hafalan perlu kepada kata kunci. Teknik ini sentiasa digunakan termasuk yang bukan berstatus pelajar. Ia amat penting bagi mengelakkan dari sebarang keciciran maklumat penting seperti formula atau sebagainya.

4. Tanam Sifat Ingin Tahu

Sifat rajin berusaha perlu ditanam dalam diri untuk mengekalkan kestabilan minda. Minda yang lemah akan menjadi kuat sekiranya sifat ini disemai. Kebiasaannya minda mudah mengingati sesuatu perkara walaupun di luar kemampuan akal.

5. Rehat Mencukupi

Penggunaan tenaga otak yang banyak menyebabkan keletihan kepada tubuh seseorang. Justeru itu,rehat yang mencukupi perlu bagi menampung semula kepenatan akal berfikir. Antaranya ialah tidur yang cukup, hilangkan stress dengan menonton TV dan sebagainya.

6. Banyakkan pengulangan

Pengulangan sesuatu pelajaran perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bagi yang mempunyai minda yang sederhana dan lemah, cara ini amat sesuai digunakan untuk membantu tahap kemampuan seseorang itu.

7. Catat Isi Penting

Pastikan isi penting di catat dalam sesuatu topik yang dipelajari. Ini amat penting untuk membantu pelajar dari sikap lupa serta ketinggalan dalam topik terbabit.

8. Amalan Pemakanan

Amalkan pemakanan yang mempunyai protein, karbohidrat serta vitamin. Tujuannya dapat meningkatkan daya tumpuan dan ingatan terutama kepada pelajar. Contoh pemakanan yang baik seperti susu, buah, sayur-sayuran dan sebagainya.

Kesimpulannnya

Minda yang cerdas bergantung kepada kesihatan tubuh badan yang sihat. Oleh itu, cara-cara tersebut perlu diterapkan dalam rutin harian seseorang pelajar itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 67 = 77