Menu

Adab Menantu Apabila Tinggal Serumah Dengan Mertua

0 Comments


Apabila sudah bernikah dengan pasangan, secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua. Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa sendiri.

Pada zaman ini banyak pasangan yang tinggal serumah dengan mertua. Apa yang perlu menantu lakukan terhadap mertua? Terdapat beberapa adab yang perlu dilakukan oleh menantu apabila tinggal di rumah mertua. Seorang wanita berkongsi tentang adab yang perlu dilakukan menantu apabila tinggal serumah dengan mertua. Ikuti perkongsian ini dan semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Pertama, jangan terlalu menunjuk sikap malas semasa tinggal di rumah mertua. Bantu mertua dalam segala hal. Tiada siapa yang suka mempunyai menantu yang pemalas.

Kedua, sebagai menantu perlu berpura-pura. Tidak salah untuk berpura-pura rajin untuk memudahkan urusan semua orang. Ketiga, adalah keluarga mertua tetap akan menganggap menantu sebagai orang luar walaupun berpuluh tahun sudah bersama keluarga mertua.

Keempat, paling penting adalah bangun awal pagi. Pukul 8 sudah keluar dari bilik untuk selesaikan dan bantu ibu mertua apa yang perlu. Selagi kerja rumah belum selesai jangan masuk bilik.

Kelima, hormat orang yang tinggal serumah. Sebagai seorang menantu adalah lebih baik hanya menjadi sebagai pendengar dan tidak perlu campur tangan dalam urusan keluarga mertua.

Keenam, isteri perlu hormat suami dan tidak perlu bermanja dengan suami di depan keluarga mertua. Kalau mahu bermanja adalah lebih sopan untuk masuk ke dalam bilik. Jangan pernah meninggikan suara pada suami atau menyindir suami.

Ketujuh adalah menjaga aurat sepanjang tinggal di rumah mertua. Jangan berpakaian seksi dan merasakan tidak perlu menjaga aurat serta boleh berpakaian seksi di rumah mertua.

Kelapan, jika menantu itu bekerja. Hulurkan duit untuk membeli barang dapur atau bayar bil di rumah mertua.

Perkara paling penting adalah bertolak ansur dan berbincang antara mertua dan menantu jika mengalami masalah. Tinggal bersama mertua ini sebenarnya tidak seburuk yang disangka. Jika sama-sama dapat bertolak ansur dan berbincang pasti rumah tangga bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

95 − = 90