Site icon I Muslim Network

Beruntunglah Mereka Yang Mengamalkan Surah Al-Mulk Setiap Hari. Banyak Rahsia Surah Ini.

Tiada penawar yang paling baik melainkan mengamal membaca Al-Quran setiap hari. Hati yang kosong, sering gundah gulana, sakit tubuh badan atau apa sekalipun yang kamu hadapi, bacalah Al-Quran kerana ianya menjanjikan kebahagian dunia dan akhirat. Hati orang yang sering membaca Al-Quran akan sentiasa tengteram, dijauhi daripada hawa nafsu serta dirinya turut dihormati.

Hari ini saya ingin kongsikan amalan membaca Surah Al-Mulk. Kita selalu dengar tentang kehebatan ayat ini dan kenapa seharusnya kita perlu menghafaz.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah Al-Mulk”.

Orang yang selalu membaca Surah Al-Mulk akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya, insha Allah. Kerana itu surah ini sangat penting untuk dihafaz dan harus diamalkan setiap hari. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai rahsia, faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya. Ia boleh dijadikan penawar ataupun motivasi diri bagi orang yang menghadapi masalah.

Amalan Surah Al-Mulk secara harian menjanjikan kelebihan seperti berikut :
1. Mendapat Syafaat

2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.

3. Hati Beriman

4.  Mendapat Keistimewaan

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca Al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

Mari sama-sama kita membaca Al-Quran walaupun setakat satu muka surat selepas menunaikan solat fardhu. Perlahan-lahan kayuh Insyallah kamu akan diberkati.

Post Berkaitan
Exit mobile version