Site icon I Muslim Network

Jangan Terlalu Memberikan 5 Jenis Makanan Ini Kepada Anak Kerana Boleh Melemahkan Otak!

Kesibukan ibu bapa hari ini kerana komitmen kerja telah menyebabkan penyediaan makanan kepada anak-anak tidak dapat diuruskan sebaik mungkin. Oleh itu, makanan yang mudah disediakan menjadi pilihan untuk mengisi perut anak.

Dengan kehadiran makanan segera yang pelbagai jenis antara alternatif ibu bapa untuk mengenyangkan anak dan semestinya ia turut disukai anak. Tapi sebenarnya tahukah makanan seperti ini ada risikonya untuk masa depan mereka?

Seperti yang diketahui, anak yang sedang membesar memerlukan nutrisi untuk otak. Jika mereka disajikan dengan makanan ringan atau makanan segera ia bukan sahaja melemahkan sistem badan tapi membuatkan anak akan jadi ketagih.

Sekiranya mereka tidak dapat menikmati makanan tersebut, anak pasti akan mengamuk dan ini sukar untuk diatasi apabila semakin besar.

Mungkin ramai ibu bapa tidak perasan makanan yang berbahaya untuk pertumbuhan si kecil ini diambil sehari-hari oleh anak.Kandungan gula dalam makanan yang diproses antara salah satu penyebab kemampuan otak bayi jadi lemah.

Menurut Dr Zulfito dalam bukunya yang berjudul Menu Sihat & Permainan Kreatif, anak-anak yang terlalu banyak diberikan makan biskut, gula-gula, atau makanan yang kadar gulanya tinggi, perkembangan otak boleh terbantut.

Ini disebabkan kadar gula dalam darah menjadi naik dan turun dengan sangat cepat. Tindak balas ini mengakibatkan bekalan tenaga ke otak jadi tidak stabil. Kesannya kanak-kanak mudah tersinggung dan mudah lelah. Selain itu beberapa jenis makanan dan minuman yang tidak digalakkan untuk anak-anak ambil adalah:

Makanan ringan/makanan segera

Makanan segera ini merupakan makanan yang kurang zat pemakanan kerana ia mengandungi banyak pewarna,bahan pengawet,penambah perasa,garam dan juga gula. Asid lemak yang tepu terhidrogenasi juga banyak dijumpai dalam makanan ini. Jika anak terlalu kerap mengambil makanan segera ini akan mengakibatkan pencernaan kanak-kanak lemah serta masalah kesihatan lain yang mungkin mendatangkan pelbagai penyakit.

Minuman berkarbonat

Tidak hanya minuman yang mengandungi soda saja, tetapi jus buah-buahan dalam botol juga antara yang mengandungi karbonat.Minuman jenis ini mengandungi gula, pengawet, pemanis, pewarna, kafein dan sebagainya. Semua kandungan ini tidak sesuai untuk perkembangan anak yang masih kecil.

Makanan yang mengandungi kafein

Kafein biasanya terdapat dalam teh, kopi, coklat, dan juga minuman yang berkarbonat. Berdasarkan kajian pada anak-anak yang bersekolah, kebiasaannya apabila mereka minum teh setiap pagi, permulaan hari mereka kurang memberangsangkan.Sebaiknya pengambilan susu sangat digalakkan.

Aditif dan pengawet

Bahan-bahan aditif dan pengawet ini banyak digunakan untuk menambah rasa, tekstur dan meningkatkan daya tahan makanan dalam tempoh yang lama. Sementara itu, sistem tubuh bayi dan kanak-kanak belum betul-betul bersedia untuk mengambil bahan tersebut.Memang pada dasarnya tidak semua bahan aditif berbahaya, tetapi boleh juga mengakibatkan alergi, daya ingatan lemah, kemurungan, dan beberapa faktor lain.

Oleh sebab itulah, kita sebagai ibu bapa harus mengambil berat mengenai pemakanan anak-anak kerana ia antara faktor yang boleh membawa perkembangan sihat anak pada masa depan.

Post Berkaitan
Exit mobile version