Site icon I Muslim Network

Siapa agaknya dia rindu berhari-hari, menangis sampai dia demam. Ya Allah kesiannya mesti dia rindu sangat.

Seorang wanita berkongsikan mengenai anaknya yang menangis oleh kerana amat rindukan awrah atuknya. Wanita itu atau namanya Noorshadatul Afni Zulkarnain kongsikan sebuah video anaknya yang sedang menangis sambil mencari atuknya dan tangan anak itu memegang baju kepunyaan arwah atuknya.

Beliau mengatakan sebelum ini memang arwah bapa mentuanya sangat akrab dengan anaknya. Malan setiap hari datang bermain kerana rumah mereka hanya bersebelahan. Tetapi sejak dua minggu yang lalu, bapa mentuanya telah meninggal dunia dan anaknya mula tecari-cari sehingga badan panas seakan mahu demam.

‘Assalamualaikum suri-suri semua, saya nak share cerita pasal anak saya seorang ni. Kisahnya macam ni, dia ni memang rapat dan manja sangat dengan atok abah dia..(abah mertua saya). Rumah saya dan abah saya sebelah-sebelah je. Kami ni meniaga, setiap kali waktu solat abah akan balik, pastu akan jenguk anak saya dulu, main-main dengan dia dulu barulah dia mandi dan pegi masjid. balik dari masjid pun gitu, cari anak saya dulu barulah dia turun ke kedainye semula.

Macam tu lah hari-hari dalam h!dup anak saya. Dua minggu lepas abah saya meninggaI dunia. Mula-mula tu anak saya mencari-cari jugak, tapi sekejap je sebab mase tu ramai lagi orang kat rumah saya, ok lah. Semalam anak saya da start mencari atok dia semula, badan pun macam da nak demam. Video tu semalam saya rekod mase dia tengah menangis. Kat tangan anak saya tu baju yang atok dia pakai buat tido. Sebagai ibu memang sayu bila tengok anak jadi macam tu. Doakan anak saya kuat ye ibu-ibu dan suri-suri sekalian.’

Al-fatihah buat arwah abah.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari warganet. Rata-rata turut terusik hati melihat rindunya seorang cucu pada atoknya.

Post Berkaitan
Exit mobile version