Site icon I Muslim Network

Suami reda dapat isteri macam ni, Sampai teruk macam ni isteri dia buat.

Gaji aku 5 angka tp dpt istri pelikk dan pemalass. Kalau kat bilik tido, aku rasa mcm terhegeh2 dgn bini sndiri.

Sebelum menulis lebih panjang. Tulisan ini sekadar memberi pedoman untuk isteri-isteri diluar sana. Tulisan ikhlas dari hati seorang suami yang tersakiti dek seorang wanita bergelar isteri.

Tulisan ini bukanlah untuk menyatakan aku tidak menerima kekurangan isteri. Aku juga mengakui bukanlah seorang suami yang baik sempurna dan aku sedar, aku juga punya kelemahan dimata dan dihati isteri.

Alhamdulillah telah lebih 15 tahun berumahtangga. Dikurniakan pelbagai nikmat dan dimudahkan rezeki.

Isteri seorang suri rumah dan meniaga sambilan suka-suka secara online. Aku bekerja dengan pendapatan gaji 5 angka. Alhamdulillah direzekikan dengan 3 orang anak.

Dari segi nafkah kewangan kepada isteri, aku beri dia elaun duit poket dan hulurkan sedikit duit pada parent dia. Kalau dia nak beli apa-apa baju tudung etc. Aku akan bayar.

Routine aku dekat rumah. Aku jenis tak melepak dengan kawan-kawan. So banyak masa aku spend dekat rumah dengan anak isteri. Balik je kerja aku dah sibuk uruskan hal rumah.

Sampai rumah aku mandikan anak-anak. Kalau aku penat aku minta wife mandikan tapi dia akan buat muka terpaksa dan tak suka. Sebab dia memang tunggu aku balik mandikan anak-anak.

Aku pernah juga marah dia buat kerja rumah sambil buat muka. Kalau buat muka macam terpaksa tu. Tak payah buat aku kata pada dia. Aku boleh buat semua.

Malam sebelum tidur aku ironkan baju sekolah anak-anak dan baju kerja aku. Basuh baju dan sidai aku yang uruskan.

Sebab aku nak nak jaga aurat dia. So tak perlu dia keluar rumah sidai baju.

Bab lipat baju aku sengaja tak lipatkan. Nak bagi dia lipat. Sebab aku dah basuh and sidai takkan aku kena lipat juga.

Tapi baju tu berlonggok menimbun. Last-last hujung minggu aku juga yang lipat. Kalau aku tak rajin berminggulah baju tu tak berlipat. Kadang-kadang berbulan tak berlipat.

Yang aku perasan dia akan lipat kalau aku perli dia baju dah menimbun macam gunung.

Pagi-pagi, aku jenis bangun awal sikit dari wife. Dari anak sekolah tadika aku yang kejutkan, mandikan dan siapkan anak-anak pergi sekolah. Wife bangun bila anak dah siap nak ke sekolah.

Aku pula expect dia macam mak-mak kita bangun awal pagi. Siapkan anak-anak. Sediakan sarapan.

Tapi dah lebih 15 tahun kahwin tak berubah. Anak-anak pun dah pandai siap sendiri.

So boleh dikatakan kebanyakan kerja rumah aku buat. Wife cuma masak dan kemas rumah. Hujung minggu aku akan mop rumah dan basuh bilik air.

Dulu-dulu menyapu rumah aku yang buat sebelum keluar pergi kerja. Cuma sekarang aku malas nak buat. Aku biarkan dia buat.

Wife aku tak pandai memasak. Bila aku request lauk kegemaran aku. Dia memang takkan masak sebab tak pandai dan tak ada effort pun nak belajar masak lauk kegemaran aku.

So lauk dia masak jenis simple, fast food, western and frozen. Nasib aku jenis tak cerewet sangat bab makan. Jenis makan je apa yang ada. Kalau teringin sangat nak rasa aku beli luar.

Nasihat aku untuk isteri-isteri belajarlah masak lauk favorite suami dari mak mertua korang or at least Go0gle lah.

Masak sedap-sedap untuk family suami dan anak-anak ni penting. Anak-anak akan ingat air tangan kita. Nanti tua anak cucu tak sabar nak balik kampung sebab nak rasa air tangan nenek.

Suami akan rasa dihargai bila isteri ambil hati dengan masak lauk favorite dia.

Bab hubungan atas katil sedikit hambar. Dia sebolehnya akan menolak ajakan aku. Dia jenis tak pernah meminta dan mengg0da aku. Aku pula yang rasa macam terhegeh-hegeh.

Kalau aku ajak. Ada je alasan dia. Penatlah, ngantuklah, nak tidur awallah. Kalau aku tak ajak, elok je dia ngadap hanphone 1-2 pagi. Aku masuk je bilik, dia buat-buat nak tidur.

Kadang-kadang aku sengaja tak sentoh dia lama konon merajuk. Tapi dia macam tak kisah pula. Aku pula tak kuat menahan nfsu.

Sejujurnya laki ni hiburan hati dia adalah isteri. Kalau isteri tak melayan. Takut suami korang akan “terbabas” diluar.

So layanlah suami korang seiklhasnya dan jangan menolak ajakan suami kerana suami korang bukan malaikat.

Mujur aku masih waras. Tak bersk4ndal or makan luar jauh sekali. Aku tak nak Rumahtangga ni runtuh disebabkan aku berskand4l or makan luar.

Mana nak letak muka depan anak-anak bila tua nanti. Mohon doa dijauhkan aku dari ujian dan dugaan yang bukan-bukan.

Dah panjang rupanya aku menaip. Nanti boring korang nak baca.

So kesimpulannya yang aku nak sampaikan.

1. Bila suami rajin bantu buat kerja rumah hargailah dia.

2. Belajarlah untuk masak makanan kegemaran suami.

3. Kalau boleh elakkan menolak ajakan suami. Sesekali g0dalah suami korang. Kalau korang tak g0da takut dia terg0da dan tern0da.

4. Sentiasalah belajar ilmu rumah tangga. Kalau tak ada masa nak ke kuliah. Dengarlah dari yutube.

Akhir kata. Bukan niat aku nak menafikan kebaikan isteri. Cuma sekadar ruang tulisan dan masa yang terhad tak dapat aku nak ceritakan kebaikan isteri. Banyak sebenarnya.

Sejujurnya aku menerima kekurangan dia sama seperti dia merima kekurangan aku.

Tulisan ini sekadar memberi pedoman ilmu berumah tangga dari hati seorang suami. Mana yang korang rasa baik. Bolehlah diamalkan. Mana yang salah silalah kecam diruang komen. Aku tak kisah.Sekian.

Post Berkaitan
Exit mobile version