Secara tak sengaja jadi terkenal, lelaki balik kampung bukak kedai kopi dalam bilik tidur.

BUKAN biasa-biasa apabila video menerusi apli kasi Ti kTok menunjukkan seorang pemuda membuka kedai kopi dari bilik tidur.

Kedengaran pelik tapi itulah hakikat dilalui pemuda ini yang menerima impak daripada Perin tah Kawa lan Perge rakan berikutan pan demik C0vid-19.

Menerusi video Ti kTok itu juga, pemuda tersebut membuka kedai kopi di rumahnya selepas tidak mampu dari segi kewangan untuk meneruskan pengajiannya.

Siapa sangka umurnya baru 21 tahun, dan anak muda berkenaan, Muhammad Nur Iman Roslan mengakui terpaksa berhenti belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, susulan kerja sambilannya di sebuah kafe berakhir ketika PK P.

Bilik tidur Iman ditukar menjadi kedai kopi.

“Ekoran PK P, saya tak lagi bekerja sebagai pekerja kafe. Saya kemudian pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah kerana tiada lagi sumber kewangan untuk membayar yuran pengajian.

“Saya sebelum ini ada membeli kelengkapan membuat kopi dan ketika PK PB (PK P Bersya rat) membolehkan saya berniaga secara kecil-kecilan dari rumah,” katanya kepada satu laman web terkenal.

(kiri) Laluan ke kedai kopi di rumah Iman. (kanan) Iman kini memberi tumpuan kepada bisnes kopi.

Lebih mesra disapa Iman, dia berkata rumah kampungnya di Kampung Chegar mempunyai anjung yang membolehkan orang luar untuk naik ke atas rumah yang menempatkan bilik tidurnya.

“Saya terfikir menukarkan bilik tidur itu dengan menjadikannya sebagai kedai kopi. Dengan pengalaman kerja sebagai barista di sebuah kafe sebelum ini, saya menjual pelbagai jenis kopi.

Hasrat untuk sambung belajar itu sudah tentu ada, tapi saya bukanlah dari keluarga senang.

MUHAMMAD NUR IMAN ROSLAN

“Saya alihkan katil dan almari serta perabot lain, dan gantikan dengan tempat membuat kopi dan meja serta kerusi buat pelanggan.

“Apa yang lebih penting, saya dapat berniaga tanpa mengganggu keluarga kerana pintu masuk utama terletak di aras bawah yang juga menempatkan ruang tamu utama,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Proses untuk membuka kedai kopi di lorong belakang bangunan kedai.

 

Selepas dua bulan beroperasi dari rumah, Iman memberitahu dia mula berniaga di sebuah kedai kopi bersama rakan niaga yang juga tunang kepada kakaknya.

“Kedai kopi ni mengambil ruang di bahagian belakang di sebuah kedai baju bundle, menghadap lorong belakang. Tak besar, tapi boleh menempatkan beberapa meja dan kerusi.

“Selain enam jenis kopi, air soda dan coklat ais, kami juga menyajikan hidangan halal snack pack yang merupakan kentang goreng bersalut keju dan beberapa sos,” katanya.

Antara ruang di kedai kopi di Pekan Cina, Alor Setar.

Menyedari pan demik C0vid-19 menjadi satu cabaran buat dirinya, Iman berkata, dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana mahu mendapatkan sumber kewangan yang stabil.

“Hasrat untuk sambung belajar itu sudah tentu ada, tapi saya bukanlah dari keluarga senang. Masa nak belajar dulu pun saya guna duit hasil bekerja.

“Jadi, biarlah saya memberi tumpuan kepada bisnes kopi terlebih dahulu. Semangat untuk belajar itu ada dan saya tidak mahu berputus asa.

“Buat masa sekarang, saya buat mengikut kemampuan. Saya mahu menggunakan peluang sebaik mungkin untuk mengembangkan bisnes ini, dari bilik tidur ke kedai di lorong belakang, dan mana tahu berubah menjadi lebih besar pada masa akan datang,” katanya.

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *