‘Saya Dah 3 Hari Tak Makan’~ Warga Emas Kelaparan Sanggup Makan Sisa Yang Dikutip Dalam Tong Sampah

Demi mengisi perut yang kelaparan sanggup mencari sisa-sisa makanan. Itulah yang terjadi pada seorang warga emas yang dilihat mencari cebisan makanan di tempat pembuangan sampah sekitar Ipoh, Perak.

Warga emas ini dilihat mengutip sisa makanan di dalam tong sampah sebagai alas perut, namun kita yang mampu perlu berasabersyukur sekiranya menjamah nasi dengan telur goreng jika dibandingkan dengan mereka yang hanya makan berlaukkan garam sungguh berbeza.

Walaubagaimanapun terdapat juga individu yang lebih daif daripada itu sehingga terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari sisa-sisa makanan bagi mengisi perut yang kelaparan. Inilah yang terjadi pada seorang warga emas yang dilihat sedang mencari cebisan makanan di tempat pembuangan sampah di sekitar Ipoh, Perak.

Menurut lama Facebook Ipoh Com, terdapat satu video ang dikongsikan telah meraih lebihh 9,700 perkongsian dalam masa 24 Jam. Melalui rakaman tersebut, warga emas itu kelihatan seperti gelandangan dengan berpakaian kotor dalam keadaan dirinya yang terurus.

“Lokasi berdekatan UTC Pasar Besar, Ioh. Pakcik mencari makanan dalam sampah dan memakan sisa yang dibunag oleh orang lain” caption posting tersebut.

Beliau juga kelihatan kurus dan agak kurang sihat malah sebaik sahaja menjumpai cebisan sisa itu, beliau terus jamah tanpa rasaragu-ragu.

Beberapa pengguna Facebook turut meninggalkankomen dimana mereka juga sering kelihatan pakcik berkenaan di sekitar Ipoh.

Post Berkaitan

Leave a Reply