Bintang YouTube terkenal dan juga pelakon, Syahmi Sazli menjadi tular kerana menjual air di dalam balang di hadapan pejabat baharunya bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.
Namun penangan air balang Syahmi ini bukan biasa-biasa kerana ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli air itu.
Resepi Air Keladi Vanilla Cara Syahmi
Bahan Utama
1 1/2 cawan Serbuk Perisa Keladi atau TAKO FLAVOUR POWDER BAVARAGES ( Boleh dibeli dikedai pembekal bahan bakeri mahupun dipasaraya )
1 Tin Susu Pekat Manis
500 gm Coffemate
1 liter Air & Sedikit Air Panas
1/2 Tin Susu Cair ( jika anda ingin rasa lebih berkrim )
1 mangkuk ais krim vanilla (Walls)
Ais Secukupnya
Cara Penyediaan :
1.Campurkan serbuk perisa , coffemate , susu pekat ke dalam satu bekas.
2.Masukkan air panas dan kacau sehingga semua bahan larut bersama.
3.Sediakan Ais separuh jug besar.
4.Bahan yang telah larut dimasukkan ke dalam balang air . Kacau sebentar.
5. Masukan Ais Krim Vanila dan kacau hingga sebati.
6.Anda boleh tambahkan susu cair sekiranya ingin rasa lebih berkrim.