Penyamun semakin berani, Buat Rompakan bersenjata di klinik gigi, tak ada tempat yg selamat dah sekarang nampaknya.

Kejadian jenayah di malaysia kini dilihat seperti semakin banyak berlaku menyebabkan wujudnya rasa ketidak tenteraman penduduk dihampir setiap negeri. kejadian jenayah yang melibatkan kecurian dan samun menyamun ini membuatkan rakyat menjadi lebih berwaspada , berhati-hati dan bersedia untuk sebarang kemungkinan. Baru-baru ini, SEORANG doktor klinik pergigian berdepan dengan detik cemas selepas tempat kerjanya dirompak oleh dua orang penyamun pada Isnin.

Kejadian itu berlaku di sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra, berdekatan Bangi, Selangor.Doktor yang hanya dikenali sebagaiKim Atikah berkongsi pengalaman menakutkan itu melalui akaun TikToknya yang tular sejak Selasa.

“Kes rompak di tempat kerja kami hari ini di Klinik Dental Republik Bandar Seri Putra.

“Dua lelaki Melayu, bersenjata parang. Kejadian berlaku pada 7 November 2022, sekitar pukul 12.43 hingga 12.53 tengah hari Isnin. Jika orang awam ada sebarang maklumat, boleh laporkan ke Balai Polis Bangi atau balai polis berdekatan.

“Kami bersyukur, semua selamat. Itu yang paling utama. Video ini bertujuan untuk bagi kesedaran yang perkara tak diduga nak jadi dan boleh jadi di mana-mana. Apa pun, stay safe and take care everyone. Moga ALLAH lindungi kita semua,” tulisnya.

Dalam video tersebut memaparkan dua orang penyamun bersenjatakan parang itu menutup muka mereka menggunakan topi keledar masuk melalui pintu utama.

Kedua-duanya dilihat berkata sesuatu terhadap pelanggan dan staf yang bertugas di klinik tersebut sebelum menyamun wang tunai dan beberapa barang berharga milik mangsa.Pada masa sama, penyamun terbabit juga dilihat cuba mencederakan salah seorang mangsa yang berada di klinik berkenaan sebelum beredar dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian tersebut..Katanya, lelaki dipercayai warga tempatan yang memakai topi keledar bersenjatakan parang masuk dan merompak staf dan pelanggan di dalam klinik berkenaan.

“Dalam kejadian itu, suspek melarikan sebuah komputer riba jenis Macbook, dua telefon bimbit, wang tunai sekitar RM2,000 dan seutas rantai emas.

“Kesemua mangsa yang berada di dalam premis tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (Kesalahan merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid turut menyeru orang awam atau individu-individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan ataupun berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Raziman Bin Rasid di talian 019-4565502 bagi menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.