Alamak! Selesa sungguh, sejuk satu badan. Ramai lelaki mula suka baju Kelawar. Hukumnya?

Baju kelawar menjadi tular di laman sosial gara-gara terdapat golongan lelaki yang pertama kali mencuba dan mengakui keselesaannya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @thefunsizeguy berkongsi rasa selesa apabila memakai baju kelawar buat pertama kali ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Baru aku tahu tahap keselesaan baju kelawar ini bagaimana. Habis kuarantin aku nak beli 7. Untuk dipakai seminggu,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai netizen lelaki yang mengakui keselesaan memakai baju kelawar yang selama ini sinonim dengan para wanita.

Malah, ada yang turut berkongsi foto memakai baju kelawar milik ibu atau kakak sebagai tanda setuju.

“Tahu takpe. Aku selalu share ngan kakak aku dulu,” kata seorang wargamaya.

“Best betul kan, dia punya syiok perghh” puji seorang wargamaya.

“Dan ia juga boleh menyelimuti diri sendiri. Apabila ditiup angin. Terasa seperti lipas merayap-rayap di badan dengan kibaran kain. Hahahahha,” kata seorang wargamaya.

“Den ada 4 kakak. Semua baju kelawar dio den dah pakai. Kadang dio mengamok pakai baju kelawa eh. Den kata nanti den basuhlah. Last-last den humban yo dalam bakul,” luah seorang wargamaya lagi.

Pendapat ini turut dipersetujui oleh para wanita yang rata-ratanya gemar memakai baju kelawar pada waktu malam.

Pakailah baju kelawar siapa pun, asalkan anda duduk rumah sepanjang tempoh PKP ini untuk hapuskan rantaian COVID-19.

 

Hukumnya lelaki memakai baju kelawar.

Justeru, dapat dilihat bahawa perbuatan berhias antara pasangan suami isteri sama ada dari sudut penampilan ataupun pemakaian, merupakan suatu perkara yang dituntut dalam nas syarak di atas. Meskipun begitu, berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa terdapat nas syarak yang jelas menyebutkan tentang hal tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

Maksudnya : Rasulullah S.A.W melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki.

Riwayat Al-Bukhari (5885)

Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani dalam syarahan beliau ke atas hadis ini menukilkan  pendapat Imam Al-Thabari yang menyebut : ‘’Tidak boleh bagi orang lelaki untuk meny3rupai orang perempuan pada pakaian, serta perhiasan yang khusus bagi orang perempuan dan demikian juga sebaliknya (tidak boleh bagi orang perempuan meny3rupai orang lelaki).

Kemudian Ibn Hajar berkata :

فَأَمَّا هَيْئَةُ اللِّبَاسِ فَتَخْتَلِفُ بِاخْتِلَافِ عَادَةِ كُلِّ بَلَدٍ فَرُبَّ قَوْمٍ لَا يَفْتَرِقُ زِيُّ نِسَائِهِمْ مِنْ رِجَالِهِمْ فِي اللُّبْسِ لَكِنْ يَمْتَازُ النِّسَاءُ بِالِاحْتِجَابِ وَالِاسْتِتَارِ

Maksudnya : Adapun keadaan pakaian itu ia berbeza-beza mengikut perbezaan setiap negeri. Boleh jadi sesuatu kaum itu pakaian orang perempuan mereka tidak berbeza dengan pakaian orang lelaki mereka, tetapi orang perempuan dibezakan dengan hijab dan juga pakaian yang bertutup.

Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (10/332)

Manakala Syeikh Badr al-Din al-‘Aini pula mengulas hadis ini dengan kata beliau :

وتشبه الرِّجَال بِالنسَاء فِي اللبَاس والزينة الَّتِي تخْتَص بِالنسَاء مثل لبس المقانع والقلائد والمخانق والأسورة والخلاخل والقرط

Maksudnya : (C3laan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki meny3rupai orang perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang, gelang kaki, dan juga anting-anting.

Rujuk ‘Umdah Al-Qari, Al-‘Aini (22/41)

Justeru, jelas dari beberapa pendapat di atas bahawa pada asasnya seorang lelaki itu dilarang meny3rupai orang perempuan dari sudut pakaian, lenggok suara, gerak perjalanan, serta memakai perhiasan-perhiasan orang perempuan yang khusus buat mereka. Meskipun begitu, faktor uruf turut memainkan peranan penting dalam isu ini khususnya yang berkaitan dengan pemakaian. Ini kerana, boleh jadi di sesetengah tempat pakaian orang lelaki dan perempuan mereka adalah sama. Maka dalam hal ini, ia tidak termasuk dalam perbuatan tasyabbuh tersebut.

Imam Al-Nawawi dalam menjelaskan hukum seseorang lelaki menyerupai (tasyabbuh) orang perempuan beliau berkata :

بَلْ الصَّوَابُ أَنَّ تَشَبُّهَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَعَكْسَهُ حَرَامٌ لِلْحَدِيثِ الصَّحِيحِ

Maksudnya : Bahkan yang tepatnya, perbuatan orang lelaki menyerupai orang perempuan dan sebaliknya (orang perempuan menyerupai orang lelaki) adalah h4ram berdasarkan hadis yang sahih.

Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (4/445)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa dalam isu menyerupai sesuatu jantina dari sudut pakaian ini, ia terbahagi kepada tiga pecahan berikut :

  • Pakaian yang digunapakai oleh kedua-dua jantina, maka harus bagi orang lelaki dan orang perempuan memakainya, mengambil kira bahawa hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus.
  • Pakaian yang khas bagi orang lelaki, maka haram bagi orang perempuan untuk memakainya.
  • Pakaian yang khas bagi orang perempuan, maka haram bagi orang lelaki untuk memakainya.

Oleh itu, melihat kepada uruf masyarakat di negara kita, kami cenderung menyatakan bahawa baju kelawar merupakan pakaian khusus bagi orang perempuan. Justeru, haram bagi orang lelaki memakainya. Lebih-lebih lagi pengharaman ini adalah bagi menutup jalan-jalan yang bakal membawa kepada perbuatan tasyabbuh kepada jantina yang berlainan. Wallahu A’lam.

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *