Perginya bakal pelukis Negara – (Video) Budak mata helang. Lakar potret guna nama Abam.

Sejak pemerg!aan Allahyarham Abam Bocey, beberapa individu yang berbakat dan kreatif tampil menghasilkan potret istimewa wajah pelawak popular itu.

Ini termasuk seorang remaja, Abdul Azim Mohd Rozahar yang menulis nama Abam pada sehelai kertas sehingga membentuk wajah Allahyarham.

Menerusi laporan satu lama web popular, remaja berusia 15 tahun itu amat meminati dan mengagumi Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

 “Saya lukis potret tu selepas menerima berita mengenai Abam Bocey men!nggal dunia , memang terkejut bila dapat tahu.
“Saya dah lukis banyak potret tapi inilah potret pertama yang saya lakar menggunakan teknik perkataan,” katanya.

Menurut pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) itu, dia mengambil masa kira-kira dua jam bagi menghasilkan potret tersebut.

“Bahagian muka tu yang paling sukar terutama pada rambut kerana lebih banyak lakaran hitam perlu dibuat seperti shading.
“Semakin banyak lakaran hitam, lebih banyak perkataan tu yang ditulis. Kira-kira 1,000 perkataan nama Abam dilakarkan,” ujarnya.


Remaja berasal dari Segamat, Johor itu juga berhasrat ingin berkongsi potret berkenaan dengan rakan seperjuangan Allahyarham iaitu Achey dan Fad sebagai kenangan terhadap arwah.

Kemudianya sakit kanser yang dideritai sejak 2 tahun lalu mula menampakkan kesan. Menurut Izarul, adiknya yang berusia 15 tahun itu mengalami sesak nafas sebelum dimasukkan ke hospital malah sering berulang-alik bagi mendapatkan rawatan.

“Adik menderita kanser tulang tahap kritikal. Masa Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP), dia terlantar dua bulan di hospital dan dibenarkan keluar beberapa hari sebelum Aidiladha,” katanya.

Tambah Izarul, All4hyarham yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu berhenti melukis sejak PKP disebabkan semakin lemah dan t3nat sehingga tidak boleh berjalan.

“Sehari sebelum adik ‘pergi’, dia panggil kami sekeluarga untuk berkata sesuatu. Dia hanya mampu berbisik seorang demi seorang, dan dekat saya dia bisik beritahu ‘Abang… adik minta maaf’. Tak sangka itu kata-kata terakhir dia,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.