Daging penguin | Halal Ke Har4m Dimakan Umat Islam

Untuk makluman anda, Malaysia bukanlah habitat bagi penguin, namun, daging spesis burung air itu sebenarnya halal dimakan umat Islam.

Berdasarkan penjelasan diberikan Datuk Seri Dr.. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi portal Maktabah Al-Bakri, daging penguin halal untuk dimakan kerana haiwan itu termasuk dalam kategori burung air.

Menurutnya, ia juga tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kukuu yang kuat dan boleh meluk4kan.

“Pada asasnya, ulama mazhab Syafie berpendapat, semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya.

“Tambahan lagi Imam al-Ghazali ada menyebutkan bahawa semua burung air itu hukumnya adalah harus untuk dimakan dan begitu juga seluruh haiwan air yang lain kecuali haiwan yang ada bandingannya dengan haiwan di darat yang haram,” katanya.

Katanya, penguin tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku kuat dan boleh melukakan sebagaimana yang dilar4ng oleh Nabi SAW.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, bangau har4m dimakan kerana kejijikan dagingnya kerana haiwan itu memakan kot0ran dan ul4r.

“Fakhruddin al-Razi juga ada menyebutkan bahawa semua benda yang dianggap kot0r pada tabiat manusia dan dirasakan jij1k pada jiwa adalah dihar4mkan.

“Ia akan menjadi sebab kepada sakit, sedangkan apa sahaja yang memudaratk4n hukumm asalnya adalah har4m,” katanya.

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *