DALAM keadaan serba kekurangan termasuk masalah kewangan, seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan terpaksa menjadi gelandangan sementara menunggu tibanya tarikh ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ memasukkan perentak ᴊᴀɴᴛᴜɴɢ hujung tahun ini.
Lebih menyedihkan, kesusahan serta kepayahan beliau itu di luar pengetahuan keluarganya atas alasan tidak mahu mereka bimbang dengan keadaannya kesihatannya sepanjang beliau berada di ibu kota.
Kisah sayu ini terjadi kepada seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang terpaksa menjadi gelandangan sementara menunggu tibanya tarikh ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ memasukkan
perentak ᴊᴀɴᴛᴜɴɢ hujung tahun ini.
Kepayahan dan kesusahan beliau itu dirahsiakan daripada keluarga atas alasan tidak mahu mereka bimbang dengan keadaannya kesihatannya sepanjang beliau berada di ibu kota.
Tidur Di Kaki Lima Beralaskan Kotak
Siapa sangka seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan dalam era 90-an yang dahulunya lincah beraksi di padang dan popular di hati ribuan peminat bola sepak tanah air kini terpaksa menjalani kehidupan sebagai gelandangan.
Itulah nasib duka lelaki berusia lewat 40-an itu ketika ditemukan sebuah akhbar tempatan di kaki lima di Jalan Hang Lekiu, dekat sini
Lebih memilukan, hanya berbekalkan sebuah beg berisi pakaian, bekas pemain pertahanan yang turut pernah mewakili beberapa pasukan negeri itu ditemukan sedang menyusun kotak untuk dijadikan alas sebelum melelapkan mata di kawasan berkenaan yang turut menjadi lokasi penginapan gelandangan di ibu kota ini.
Sungguhpun begitu, walaupun kelihatan agak lesu dan keletihan, lelaki tersebut masih mampu mengukir senyuman dan terus berkongsi tentang kisah hidupnya.
Bekas pemain bola itu menjadi gelandangan sementara dalam tempoh mendapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ di IJN. (Gambar Bernama)
ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ Bertambah ᴋʀᴏɴɪᴋ Sejak Tiga Tahun Lalu
Kata bekas pemain posisi pertahanan itu, kisah ᴅᴜᴋᴀ kehidupannya bermula selepas dia disahkan menghidap ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ᴊᴀɴᴛᴜɴɢ sekitar 2009 sebelum dimaklumkan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛɴʏᴀ bertambah ᴋʀᴏɴɪᴋ sejak tiga tahun lalu.
Jelas anak kelahiran Pulau Pinang itu, ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ tersebut menjadi kekangan kepadanya untuk mencari rezeki, malah mengakui pernah menjadi buruh selama setahun namun tidak dapat bertahan atas faktor kesihatan.
“Simpanan semakin berkurangan, sebab itu lebih lapan bulan saya menjalani hidup sebegini setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk menjalani ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ di Institut ᴊᴀɴᴛᴜɴɢ Negara (IJN), saya tidak mampu menyewa hotel maka terpaksa tidur di kaki lima ini.
“Saya bukanlah penghuni tetap di kaki lima memandangkan saya cuma berehat dan tidur dalam tempoh tertentu sahaja (beberapa minggu dalam sebulan). Sejurus selesai sesi ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ, saya akan pulang ke kampung, apapun inilah nasib saya sekarang,” katanya.
Ujarnya, dia akan meneruskan kehidupan sebagai ‘gelandangan sementara’ di kawasan itu hingga tiba tarikh ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ memasukkan ᴘᴇʀᴇɴᴛᴀᴋ ᴊᴀɴᴛᴜɴɢ (pacemaker) di dadanya hujung tahun ini.
“Alhamdulillah, sepanjang saya di sini, saya masih mampu menguruskan diri dengan baik termasuk menggunakan kemudahan awam seperti surau dan masjid untuk membersihkan diri (mandi) serta bersolat.
“Setiap hari, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan akan datang menyumbangkan makanan, minuman, pakaian serta wang tunai kepada setiap gelandangan,” ujarnya yang turut memaklumkan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Lebih hiba, ketika ditanya soal keluarga, lelaki itu mengakui sudah bercerai dan memiliki tiga anak yang sedang belajar, termasuk seorang daripadanya sedang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
“Buat masa ini saya tinggal di rumah kakak di kampung, ketiga-tiga anak saya tidak tahu saya hidup begini, saya tidak mahu mereka tahu kesusahan saya, takut mereka susah hati pula,” katanya sebak.
Tambahnya, sebelum ini, beliau pernah mengunjungi Pusat Transit Gelandangan di Jalan Pahang semata-mata untuk tidur dan berlindung namun selepas berlaku ᴋᴇᴄᴜʀɪᴀɴ melibatkan beg dan pakaiannya, beliau memilih jalan untuk hidup bergelandangan di kaki lima.
Beberapa tahun lalu, bekas penyanyi, Ben Nathan yang popular dengan lagu Stanza Sekeping Hati juga ditemukan hidup sebagai gelandangan oleh orang awam di kaki lima sekitar Pasar Seni, Brickfields, Masjid Jamek dan Ampang.
Benarlah orang kata hidup ini umpama roda kadang diatas kadang dibawah, semalam kita disanjung mungkin hari ini kita merempat, kebahagiaan yang dikecapi hanyalah bersifat sementara.
Life must go on guys!
Kisah ini walaubagaimanapun telah mendapat respon dari pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan membantu bekas pemain bola sepak kebangsaan yang dilaporkan terpaksa tidur di kaki lima setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ di Institut ᴊᴀɴᴛᴜɴɢ Negara (IJN).
Menterinya, berkata pihaknya sudah mengarahkan pegawai di kementerian dan agensi terbabit untuk membantu bekas atlet bola sepak itu dan berusaha membantunya dalam apa juga cara.
“Saya sudah arahkan KBS dan agensi untuk membantu beliau dalam apa-apa juga cara. Saya sendiri sudah dimaklumkan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), iaitu badan yang menjaga kebajikan bekas atlet, yayasan berkenaan sebelum ini sudah menyampaikan bantuan dari segi kos ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ lain.
“Tetapi, dalam soal ini, Yakeb memaklumkan kepada saya yayasan itu tidak dihubungi. Saya dan KBS akan mencari jalan sebaik mungkin untuk membantunya. Kita akan hubungi beliau dan cari jalan apakah yang beliau perlukan,” katanya.
Menteri turut memaklumkan, mana-mana bekas atlet yang melalui perkara sama boleh memohon untuk mendapatkan bantuan dan memberi jaminan akan membantu sebaik mungkin.