Mengular Tengok Kartun Ya Wahai Si Bulus. Kenapa kepala sampai macam tuh.

Sudah semestinya setiap haiwan peliharaan mempunyai ragam masing2 yang membuatkan kita terhibur. Terutama apabila menjaga kucing. Memang banyak karenah kucing yang selalu membuat kita terhibur dengan karenah mereka yang comel.

Kucing sememangnya merupakan haiwan peliharaan yang paling disayangi oleh manusia. Kawan rapat yang membuatkan kita tidak pernah bosan dengan mereka. Karenah mereka yang memang tidak terjangka itu membuatkan sesiapa juga tercuit hati.

Seperti telatah dua ekor kucing yang mencuit hati ini. Kelihatan dua ekor kucing yang sedang duduk di depan sebuah laptop tetapi apa yang mencuit hati adalah dua ekor kucing itu yang fokus menonton siri kartun yang terpasang di laptop itu.

Telatah kucing itu yang menonton Tom & Jerry itu yang lawak apabila kucing itu dilihat seakan-akan ingin menangkap sang tikus bernama Jerry itu. Mungkin kerana teruja melihat tikus yang berada di depan mata mereka.

Video :

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang terhibur melihat telah dua ekor kucing itu dan meninggalkan simbol emoji gelak.

Post Berkaitan

Leave a Reply