Kalau kita berdiri di bawah terik matahari, sudah pasti kita akan nampak ada bayang-bayang terhasil. Hal ini disebabkan objek bersifat legap seperti badan manusia mampu menghalang punca sinar matahari yang bergerak secara lurus. Maka dengan itu terhasillah bayang-bayang.
Tapi korang pernah dengar tak fenomena Hari Tanpa Bayang? Semasa fenomena ini terjadi, apa-apa objek legap yang dibiarkan di bawah sinar matahari tidak menghasilkan bayang-bayang macam yang selalu kita nampak.
Negara jiran, Indonesia mengalami fenomena alam ini sejak semalam dan dijangka berlanjutan sehingga 21 Oktober akan datang. Menurut peneliti dari Lembaga Penerbangan dan Angkasa Nasional (LAPAN) Indonesia, Andi Pangerang, fenomena ini selalu terjadi di Indonesia dua kali setahun.
Fenomena alam ini sudah berlaku pertama kali tahun ini di akhir bulan Februari hingga awal April lalu. Hal ini kerana, Indonesia berada di 6 darjah di Utara dan 11 darjah barat serta dibelah oleh garisan Khatulistiwa. Ketika posisi matahari berada di atas Indonesia, maka tiada bayangan terbentuk dari objek tak berongga semasa tengah hari.
“Fenomena ini selalu terjadi dua kali setahun di kota-kota atau wilayah yang terletak antara dua garis iaitu di sebelah Utara dan Selatan. Kawasan yang terletak di Utara akan mengalami fenomena Hari Tanpa Bayang pada solstis Jun, manakala di bahagian Selatan pada solstis Disember,” kata Andi, memetik laporan Tribunnews.
Fenomena Hari Tanpa Bayang di Indonesia kali ini bermula dari wilayah Sumatera semalam, lebih tepatnya di kota Sabang pada jam 12.36 tengah hari waktu tempatan.
Sumber: majalah-harian