Apa Dah Jadi Kat Anak Gajah? Sampai Ibu Gajah Panik Dan Menangis Minta Pertolongan

Tajuk nampak seperti mustahil berlakukan sebab lubang konkrit kan agak kecil, tetapi percayalah, itulah yang berlaku di Thailand apabila selepas beberapa jam anak gajah terperangkap di dalam lubang konkrit, ibunya yang emas telah cuba sedaya upaya untuk menolongnya.

Malangnya ibu gajah ini kemudian menyedari bahawa dia tidak boleh melakukannya sendiri, lalu ibu gajah ini menangis meminta pertolongan kerana nyawa anaknya berada dalam bahaya. Jiwa seorang ibu sememangnya lembut dan tidak dapat melihat anaknya berada dalam keadaan yang menyedihkan. Namun apakan daya ibu gajah selain dari hanya mampu menjerit meminta bantuan.

Jeritan ibu gajah ini alhirnya berjaya menarik perhatian sekumpulan orang yang berada tidak jauh dari situ. Akhirnya mereka menyedari bahawa gajah besar itu cuba menyampaikan sesuatu kepada mereka. Yelah jika mendengar jeritan gajah, kita pun mungkin tidak dapat meneka apakah yang terjadi sebenarnya ketika itu mungkin mereka hanya sedang berkomunikasi diantara mereka. Bunyi jeritan yang agak pelik mungkin menyebabkan sekumpulan orang tersebut dapat mengagak yang mungkin sesuatu yang buruk berlaku.

Keadaan menjadi makin cemas apabila ibu gajah itu berada terlalu dekat dengan pagar elektrik. Orang ramai bergegas mematikan kuasa dan membantunya untuk kembali sedar Sebaik ibu gajah itu pengsan.

Selepas ibu gajah kembali sedar, ia memberikan isyarat kepada penyelamat dengan menunjukkan laluan ke tempat anaknya yang sedang terperangkap disebuah lubang konkrit.

Selama berjam-jam anak gajah itu terperangkap dalam lubang kecil yang penuh dengan lumpur, para penyelamat perlu berusaha untuk mengeluarkannya dengan segera, tetapi ia bukan mudah.

Disebabkan terlalu takut dan keletihan, anak gajah itu mula berasa panik. Demi mengelakkan situasi menjadi semakin teruk, para penyelamat terpaksa menggali lubang berhampiran gajah tersebut.

Sambil diperhatikan ibu gajah, akhirnya para penyelamat berjaya mendapatkan anak gajah yang terperangkap itu. Tanpa diduga akhirnya anak gajah itu berjaya mengeluarkan dirinya dari lubang yang berlumpur itu.

Selepas diselamatkan, gajah kecil itu pada mulanya berasa bingung dan keliru kerana tidak dapat mengetahui dimanakah ibunya berada. Namun sebaik sahaja melihat ibunya, dia.segera berlari menuju kearah ibunya yang lega kerana anaknya terselamat.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply