Tak dinafikan, ramai yang suka membela kucing di rumah kerana kecomelan mereka ini. Namun ada kalanya, kucing sering melakukan perkara-perkara di luar jangkaan dan memeningkan kepala pemilik mereka.
Haiwan kesayangan seperti kucing ini sudah tentu menjadi pilihan ramai untuk dipelihara. Bukan sahaja sifatnya yang cukup manja dan sukakan perhatian, malah haiwan ini juga dapat membuatkan pemiliknya rasa gembira dengan kehadiran mereka.
Namun lain pula kisah yang akan kami kongsikan ini dimana menerusi satu video tular di Tiktok acong44, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki merenung seekor anak kucing yang dipegang oleh perakam video.
Namun apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kanak-kanak lelaki tersebut yang mer4ung ketakutan apabila anak kucing itu diletakkan berdekatan dengan dirinya.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 2.7 juta tontonan, 314k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak lelaki tersebut.