“Call Tapi Tiada Yang Angkat”, Ibu Tua Nak Bercakap Dengan Anak Tak kesampaian, Bayangkan Jika Ini Ibu Anda

Sejak kecil lagi malah sejak dilahirkan, kita dijaga dengan penuh kasih sayang yang tidak terhingga oleh ibu dan ayah. Kasih sayang mereka sangat kuat  dengan memastikan tiada secalit pun kesan calar ataupun luka terdapat di tubuh kita.

Tetapi bila sudah meningkat dewasa dan mak ayah pula naik usia tua, adakah kita membalas jasa dan bakti mereka pula? Sanggupkah kita mengorbankan nyawa kita untuk menjaga mereka pula? Sanggupkah kita menjaga makan minum oakai mereka pula dengan sebaiknya?

Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan dan tidak benar anak perempuan terlepas dari menjaga ibu bapa yg sakit. Disebabkan anak lelaki sahaja yg disebut ‘wajib’ menjaga ibu ayah yg sakit, maka tugasan itu seterusnya diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya. Ini sama sekali tidak benar.

Seandainya yg sakit itu ialah ibu bapa kandung isteri, maka isteri berhajat menjaganya, suami tidak boleh menghalang, bahkan suami tersebut perlu sama membantu dan menyediakan kemudahan untuk sama2 menjaga.

Hal ini kerana apabila seorang perempuan berkahwin , dirinya dan segala yg dibawanya adalah di bawah tanggungjawab suaminya termasuk nafkah ibu bapa isteri( jika mereka org susah/ perubatan) perlu ditanggung menantu lelaki tadi menurut kemampuannya.

Justeru tidaklah perlu dikhuatiri ibu bapa yg ada anak2 perempuan sahaja, maka anak2 perempuan tadi akan ikut suami lalu ibu bapa yg tua ini akan terabai. Kerana menantu lelaki tadi wajib bertanggungjawab penuh atas kedua ibu bapa isterinya. Di sinilah pembelaan Allah terhadap semua ibu bapa dan tidak terkecuali samada ia ibu bapa kandung atau pun ibu bapa mertua.

Kisah yang dikongsikan oleh saudara Salehuddin Morktaruddin di Facebook ni akan membuka mata semua, sama ada layak atau tidak kita digelar sebagai anak.

Kisah Makcik Zahrah

Aku sebenarnya agak terkilan dan sebak melihat keadaan makcik Zahrah datang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seorang diri. Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke, dia jawab yang di memounyai anak 9 orang anak tapi bila dia call je semua tak berjawab.

Aku pun cuba call seorang daripada anak dia dan nasib agak bagus sebab dia menjawab call aku dan aku harap anak dia ini akan datang segera untuk bantu Mak dia.

Kepada sesiapa dalam ini yang membaca, kalau anda kenal makcik Zahrah yang sekarang duduk di Bangsar, sila tolong beritahu family dia. Sebab makcik ini nak kena warded tapi dia keseorangan dan mungkin tiada saudara mara yang tahu. Kesian dan sedih aku tengok makcik itu seorang diri di Kuala Lumpur ni.

Apabila aku tengok makcik ini, aku terbayangkan kalau itu adalah Mak aku sendiri.

Bila difikirkan pepatah dulu-dulu, ada betulnya orang kata ibu bapa boleh jaga dan pelihara sampai 10 orang anak, tapi 10 orang anak tu belum tentu boleh jaga ibu dan bapa.

Semoga makcik Zahrah dipermudahkan segala urusannya dunia akhirat. Semoga juga ada yang baik hati menolong macik Zahrah. Semoga Allah SWT mengangkat darjat macik ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.