Seorang pemuda yang bekerja sebagaoi peguam telah menjadi viral selepas menolong kliennya yang dalam kesusahan dan tiada wang. Peguam ini atau lebih dikenali sebagai Noel Allen Bose yang berasal dari bandar Sorsogon mendedahkan dirinya menerima ketam sebagai bayaran kerana mempertahankan anak guamnya di mahkamah.
Namun anak guamnya bukanlah orang yang senang dan sebaik sahaja habis perbicaraan, anak guamnya memberitahu beliau tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar khidmatnya dan anak giamnya menawarkan beberapa ekor ketam sebagai ganti.
Kemudiannya Noel Allen Bose dengan baik hati menerima ketam yang ditawarkan oleh anak guamnya dan tidak meminta bayaran tambahan. Hal ini kerana beliau amat memahami keadaan kewangan anak guamnya.
Walaupun beliau sudah tahu dari awal tapi tetap terkejut ketika anak guamnya menghantarkan beberapa ekor ketam kepadanya.
Noel juga memuat naik gambarnya dengan beberapa ekor ketam di media sosial dan meluahkan rasa bangga kerana dapat membantu orang yang kurang senang. Noel juga berteruma kasih kepada warganet yang memberikan kata-kata positif kepadanya.
“Makan ketam sangat mengenyangkan perut, tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang’.
“Saya juga nak berterima kasih kepada para peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya jarang berkongsikan cabaran yang dilalui mereka tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka untuk membantu sesama warga Filipina”
Noel turut memuatnaik gambar ketam yang sudak dimasaknya: