Demi Masa Depan Anak,Bapa Kumpul 150 Tan S4mpah Selama Hampir 10 Tahun,Alasannya Sangat Tak Masuk Dek Akal

Seorang bapa di Seoul, Korea Selatan, sanggup kumpul sampah sejak 10 tahun lamanya demi masa depan anak bujangnya yang berusia dalam lingkungan 40-an, lapor laman berita Oddity Central 23 Julai 2021.

Anaknya yang tidak pernah keluar berkerja gemar menghabiskan masa di dalam rumah dan jarang sekali keluar membuatkan lelaki ini bimbang jika suatu hari kelak anaknya tidak mampu meneruskan hidup tanpa dia dan isterinya.

Choi, 75, dari wilayah Gwangju mengubah kediaman dua tingkatnya menjadi pusat pengumpulan sampah yang dikutip daripada tong-tong sampah dan sampah yang dibuang di tepi jalan.

Sampah-sampah ini dikumpul sebagai persediaan untuk anak bujangnya menghadapi masa depan jika ditinggalkan sendirian. Choi percaya sampah orang lain boleh menjadi sesuatu yang berharga kepada individu lain dan memenuhkan setiap inci rumahnya dengan sampah sarap.

Choi berkata dia mengutip sampah kerana mahu mengisi banyak barang di dalam rumah tersebut untuk anak lelakinya yang sudah lebih setahun tidak keluar rumah, hanya menghabiskan masanya di dalam rumah itu tanpa berbuat apa-apa dan hidup dengan wang persaraan kedua ibu bapanya.

“Anak saya suka duduk di rumah, tidak keluar mencari kerja dan ia membimbangkan saya. Saya risau sekiranya saya dan isteri sudah tiada kelak, dia tiada tempat bergantung lalu saya menyimpan banyak barang untuk anak saya,” kata Choi.

Choi, isterinya dan anak lelaki mereka tidur di dalam satu ruang kecil di rumah itu memandangkan kawasan lain semuanya dipenuhi sampah. Begitu pun, isteri Choi menderita masalah jantung yang serius dan doktor menyarankan agar dia tinggal dalam persekitaran yang bersih.

Choi akhirnya terpaksa bersetuju untuk mendapatkan khidmat sukarelawan bagi membersihkan kediamannya itu. Seramai 226 orang sukarelawan dan satu jentera pengorek digunakan bagi mengorek 150 tan sampah yang dikutip Choi.

Sebaik sahaja melihat kediamannya bersih buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, lelaki itu menangis dan berkata dia tidak akan mengutip sampah lagi demi kesihatan isterinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.