Dia ingat aku tak sedar dah ambik makanan tuh. Kena tegur terus mencanak lari. Tau pula dia takut.

Gelagat Kucing Berlari Gaya Lucu Sambil Bawa Makanan Bikin Dekah

Telatah kucing memang ada kalanya menjadi penghibur hati terutamanya dengan gelagat mereka yang tidak dapat dijangka. Sama macam situasi yang dikongsikan gadis ini yang terserempak dengan seekor kucing jalanan yang sedang membawa lari bungkusan makanan.

Bukan sahaja kelihatan comel malah gelagatnya yang gigih berlari ini turut sama membuatkan netizen berdekah melihatnya. Video tersebut juga tular dikongsikan sehinggakan ianya meraih lebih tiga juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang berjalan sambil membawa sebuah bungkusan makanan di mulutnya. Malah gayanya juga seolah-olah baru sahaja membeli makanan itu dan di dalam perjalanan pulang ke rumah.

Pemilik video kemudian menegur kucing tersebut yang kelihatan seperti sukar untuk berjalan gara-gara membawa bungkusan tersebut. Lebih melucukan, kucing tersebut kemudian terus berlari dengan gaya yang lucu seperti mahu lari daripada gadis tersebut.

Memandangkan dia membawa bungkusan makanan itu, ianya menyukarkan kucing itu untuk berlari seperti biasa. Malah gadis itu juga turut sama berdekah melihat kegigihan kucing itu berlari sambil membawa bungkusan tersebut.

Di ruangan komen, gelagat lucu dari kucing ini turut menghiburkan netizen yang menonton. Dalam masa yang sama, ramai yang turut berminat melihat baka kucing itu yang kelihatan seperti kucing mahal.

Post Berkaitan

Leave a Reply