Isteri Boleh Cari Lain, Tapi ‘BUJANG’ Hanya Satu Dalam Sejuta. Tak Sangka Ini Yang Sanggup Dia Buat Demi Seekor Buaya.

Mungkin tak semua pernah dengan kisah manusia yang mempunyai hubungan yang akrab dengan buaya. Inilah kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Gilberto ‘Chito’ Shedden dengan seekor buaya ini adalah yang paling unik.

Pada tahun 1989, Chito telah menjumpai dan selamatkan seekor buaya yang hampir mati kerana ditembak di tebing sungai Reventazon, Costa  Rica. 6 bulan selepas itu, Chito nekad untuk menjaga buaya itu dan memberi makan 31kg ayam dan ikan seminggu. Namun pada awalnya buaya itu tak nak makan tapi Chito telah berjaya memujuknya.

“Saya juga mahu membelainya kerana mahu ia tahu saya mengambil peduli tentangnya,” kata Chito.

Chito memberi nama padanya iaitu Pocho dan pernah dilepaskan oleh Chito di sungai semula, namun beliau terkejut apabila buaya itu kembali semula pada keesokan garinya dan tidur di luar rumahnya. Sejak itu, hubungan mereka semakin akrab dan Chito banyak habiskan masanya bersama Pocho hingga beliau ditinggalkan oleh isterinya.

Walaubagaimanapun beliau tidak menyesal ditinggalkan oleh isterinya dan menurutnya isteri boleh dicari lain tetapi buaya ini hanya satu dalam sejuta.

Menerusi beliau, beliau menyedari bahawa Pocho boleh dilatih ketika buaya itu memberikan reaksi ketika namanya dipanggil. Chito dan Pocho sering melakukan pertunjukkan bersama caj yang dikenakan pada penonton juga hanya sebanyak AS$2 bersaam RM8.40 sahaja.

Ia kerana Chito anggapPocho adalah rakan baiknya dan beliau tidak mahu dilihat dengan sengaja mengambil kesempatan terhadap Pocho.

Kemudian Chito melakukan pertunjukkan bersama haiwan tersebut dan mengatakan apabila Pocho mengikutnya pulang dan memberukan reaksi waktu namanya dipanggil, Chito tahu dia boleh melatih haiwan itu.

Persahabatan antara Chito dan Pocho berlanjutan sehingga lebih 20 tahun hinggalah Pocho meninggal dunia pada tahun 2011. Chito yang sedih kehilangan Pocho bagaimanapun tetap meneruskan kehidupan dan kini sedang melatih ‘Pocho’ keduanya dan berharap boleh melakukan pertunjukkan bersama di masa akan datang.

 

 

 

 

 

Post Berkaitan

Leave a Reply