Kucing dah lama rancang, kita jer yang lalai. Aksi dia macam ni sengaja nak buat babah cair. No No No.

Haiwan bernama kucing sememangnya menjadi kegemaran orang ramai untuk dijadikan binatang peliharaan dirumah mereka, malah ada yang memelihara lebih daripada 20 ekor kucing. Setiap kucing pula mempunyai karenah2 mereka yang tersendiri. Kucing antara haiwan peliharaan yang cukup manja dengan pemilik mereka sampaikan ada kalanya lebih manja dari manusia biasa. Sama macam gelagat seekor kucing ini yang berjaya mencairkan hati netizen dengan reaksinya ketika meminta makanan dari pemiliknya ini.

Malah video tersebut juga tular dikongsikan dengan hampir sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut ‘geram’ melihat kecomelannya ini. Ada juga yang turut berseloroh mungkin si bulus ini bukanlah kucing biasa gara-gara gelagat manjanya itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang sedang menjamu selera sambil diperhatikan oleh kucingnya ini. Biasanya kucing memang suka mengganggu pemilik mereka makan lagi-lagi jika ada makanan yang disukai mereka.

Kucing itu dilihat begitu asyik memerhatikan makanan yang sedang dimakan oleh pemiliknya ini. Lebih mencuit hati, kucing itu kemudiannya mula menyandarkan kepalanya pada bahu lelaki itu seolah-olah ingin menarik perhatiannya.

Reaksi manjanya ini turut membuatkan netizen ‘cair’ melihatnya ditambah pula dengan reaksi muka sedih yang dibuatnya itu. Sehinggakan ada yang berseloroh mereka pastinya akan mengalah sekiranya ada kucing yang bersandar pada bahu seperti ini.

Di ruangan komen, gelagat comel dari kucing ini turut mencuit hati netizen yang menonton. Malah ada yang memberitahu mungkin juga ini adalah salah satu taktik kucing itu dalam menambat hati pemiliknya ini.

Post Berkaitan

Leave a Reply