Kucing Tengok Rakaman Terakhir Tuan, Kerna Terlalu Rindu Akhirnya Peluk Telefon Untuk Rasa ‘Dekat’

Siapa yang cakap haiwan tak ada hati dan perasaan?

Ramai netizen yang berkongsi perasaan yang sama dengan kucing tersebut, menangis teresak-esak bila tengok video kucing yang tidak dapat menahan diri ketika melihat gambar tuanya yang sudah meninggal menerusi telefon bimbit.

 

 

Maduners boleh nampak yang kucing itu tak peduli dia sedang dirakam dan boleh nampak dia sedang merindui tuanya dan sudah semestinya sedang terkenang memori bersama tuanya yang sudah meninggal dunia.

Beberapa saat tengok video tersebut, boleh lihat kucing itu perlahan-lahan mula baring badan ke telefon bimbit sambil memeluknya dengan kelembutan yang memilukan. Boleh nampak dengan jelas kucing tersebut rindu akan tuannya.

 

Video yang menyentuh perasaan tersebut dan membuatkan ramai netizen di Facebook berasa emosional itu telah menjadi viral di rangkaian sosial dan mencapai 30 juta tontonan, menbuktikan jelas bahawa orang ramai boleh samakan perasaan kucing tersebut bila kehilangan orang tersayang.

Post Berkaitan

Leave a Reply