Siapa sangka rumah kayu usang di tengah bandar Kuala Lumpur ini mempunyai cerita yang mengejutkan.

Kalau anda pernah menonton filem Adnan Sempit (2012), pasti anda ingat tentang sebuah rumah papan berwarna biru sebagai lokasi penggambaran.

Rumah tersebut yang digelar ‘Rumah Biru’ itu terletak di Kampong Bharu, Kuala Lumpur dan berlatarbelakangkan bangunan Menara Berkembar Petronas.

Malah bukan filem itu sahaja, terdapat banyak lagi filem tempatan lain yang turut menjalani penggambaran di rumah warisan ini.

Boleh dikatakan rumah ini agak unik kerana keaslian senibina rumah Melayu tradisional padanya masih kekal terjaga sehingga ke hari ini.


Tidak hairanlah jika rumah warisan ini sering dijadikan lokasi penggambaran filem, selain turut kerap dilawati oleh pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, rumah tersebut kini sudah mempunyai ‘kembar’ baharu untuk versi lebih kecil, iaitu replika Rumah Biru yang dihasilkan oleh warganet Pak Teh Naim.

Pak Teh Naim berkongsi replika hasil tangan seninya itu ke group Fesbuk Tukang Apa Hari Ini baru-baru ini.

Menariknya, replika yang diciptanya itu seakan-akan hampir sama dengan bangunan rumahnya yang sebenar. Sungguh halus seninya.

Mo dal rendah tapi nilainya tinggi

Jelas Pakteh atau nama sebenarnya Mohamad Sahrul Naim Arbain, replika ‘kembar’ Rumah Biru Kampong Bharu ini menelan ko s mo dal yang tidak begitu tinggi pada awalnya.

Walaupun mo dalnya rendah, namun nilainya menjadi tinggi berikutan beberapa cabaran yang turut dihadapi sepanjang tempoh menyiapkannya.

“Sebagai contoh, untuk rumah biru ini, anggaran ko s pembuatan, pengangkutan dan pembe lian barang sekitar RM100 ke RM150.

“Bagaimanapun, cabarannya ialah perlu bermain dengan masa, perlukan tahap penelitian yang tinggi serta proses pembuatannya yang agak merumitkan,” katanya ketika dihubungi satu laman web baru-baru ini.



Berikutan cabaran-cabaran yang dihadapi, nilai anggaran harga bagi sesebuah replika yang diju al biasanya akan meningkat tiga ke empat kali ganda daripada ko s mo dal.

“Har ga biasanya akan ditetapkan melalui skala, saiz replika, saiz tapak, tahap penelitian, kerumitan, tempoh masa yang diambil, selain turut bergantung pada nilai estetika yang ada padanya.

“Jadi kesimpulannya kadar har ga karya-karya replika rumah mini saya ialah berang garan sekitar RM100 ke RM1,000,” tambahnya lagi.

Minat datang daripada diri sendiri

Menurut anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor ini, bakatnya dalam pertukangan seni kayu dan binaan replika sebegini bukanlah ‘ilmu’ yang diwarisi daripada keluarga.

Sebaliknya, segalanya bermula apabila timbul minat dalam dirinya untuk membuat replika sejak di bangku seko lah pada 2002 dulu, sebelum menceburinya dengan lebih serius pada 2014.

Manakala pada 2016 pula, bakatnya dikembangkan lagi dengan mula berjinak-jinak dengan seni diorama dan miniature pula.

Difahamkan, kerja-kerja pertukangan ini hanya melibatkan kumpulan kecil yang berkongsi minat yang sama iaitu ‘Modeller Journey’.

“Kami mempunyai kepakaran yang berbeza mengikut ‘scene’. Hanya belajar sendiri, ‘try & er ror’ serta merujuk kepada siaran di Yout ube,” katanya yang juga sudah berjaya menghasilkan lebih 30 replika dan diorama setakat ini.

Hanya hobi semata-mata

Dalam pada itu, Pakteh menjelaskan, kerja-kerja seni kayu ini bukanlah bidang kerjaya utamanya, malah apa yang dibuatnya ini hanyalah sekadar ‘suka-suka’ dan secara sambilan sahaja.

Malah menurutnya, mereka hanya menghasilkan kira-kira empat ke lima buah replika sahaja dalam sebulan, berkemungkinan atas faktor limitasi waktu dan komitmen.

“Ini hanyalah sekadar hobi semata-mata untuk mengisi masa lapang, bukanlah bidang saya.

“Pengkhususan saya ialah perun dangan Islam dan kerja hakiki saya ialah pengamal un dang-un dang,” kata anak muda lulusan Sarjana Muda Pengajian Islam Syariahdari Uni versiti Kebang saan Malaysia  ini.

Bagi yang ingin ‘menerokai’ hasil tangan seni Pakteh yang lain-lain, boleh cuba singgah ke laman Fesbuk seni kayu miliknya, Deko-Deko Kraf.

Terdapat pelbagai lagi koleksi diorama, replika dan miniature yang menarik, pastinya membuatkan anda teruja dan mungkin berhasrat untuk memilikinya sebagai perhiasan di rumah satu hari nanti.

Sumber: Pak Teh Naim melalui Tukang Apa Hari Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.