Subhanallah! Cara Buat Garam Rupanya Sungguh Mudah. Buat Sendiri Lebih Bersih Dan Halal.

Garam merupakan antara bahan utama masakan. Tanpa garam, tidak menjadi enak masakan kita. Lebih-lebih lagi masakan tersebut adalah masakan berkuah. Garam ini bukan semata menjadi penyedap makanan namun ia mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.

Mengikut beberapa sumber lain, terdapat seribu satu kebaikan dan khasiat garam ini. Antaranya adalah melancarkan metabolisme, membantu meredakan masalah pernafasan, menjaga kesihatan mulut dan bagus untuk sistem pencernaan kita.

Selain itu kesihatan tubuh badan manusia, garam ini juga seringkali menjadi penawar dan sering digunakan dalam rawatan sihir dan santau. Antara amalan Rasululallah SAW untuk mengelakkan santau dari makanan adalah, baginda seringkali mengambil secubit garam dan diletakkan pada hujung lidah.

Tapi tahukah anda bahawa garam ini boleh kita sediakan atau buat sendiri secara homemade. Walaupun harganya di pasaran mampu milik dan mudah untuk didapatkan, apa kata sekali sekala cuba buat sendiri di rumah.

Cara Buat Garam Homemade, Mudah Dan Lebih Selamat!

Bukankah garam homemade ini lebih selamat dan bersih? Memandangkan kita sendiri yang menyediakannya dari A sehingga Z. Nak cuba buat garam homemade ini, jom kita ikuti perkongsian lebih lanjut dari Alyssa di bawah ini.

Cara-caranya:
Ambil air daripada pantai atau laut mengikut kuantiti yang anda mahukan. Pastikan air laut yang diambil dalam keadaan bersih dan selamat.


Kemudian tapis air laut tersebut. Bahagian ini sangat penting bagi menghilangkan segala bendasing seperti pasir, habuk dan batu. Adalah lebih baik jika anda menggunakan kain yang nipis atau sebarang alt penapis yang bagus untuk menapis air laut tersebut.


Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak air laut tersebut untuk beberapa ketika. Pastikan air laut tersebut menguap atau pun mendidih.


Masak sehinggalah air laut tersebut menjadi kering dan menjadi garam. Namun pada ketika ini ia tidak menjadi garam sepenuhnya lagi kerana masih basah.


Selepas itu, masukkan ke dalam mesin pengering makanan atau jemur di bawah sinar matahari sehingga menjadi kering.


Apabila sudah kering, masukkan ke dalam bekas yang sesuai.


Siap untuk digunakan.


Untuk lebih lanjut atau faham lagi, mungkin anda boleh rujuk video cara buat garam homemade di bawah ini.

Mudah sahaja kan nak buat garam homemade ini? Walaupun ia mengambil masa yang agak lama, tapi pastinya ia lebih selamat jika dibuat sendiri. Mungkin selepas ini anda boleh mencubanya sendiri di rumah.

Tak ramai yang buat namun jika anda nak mula mencuba sekarang silakan. Selain digunakan untuk kegunaan diri sendiri, alangkah lebih baik jika dibahagikan kepada jiran. Dan jangan lupa ya kongsikan cara buat garam ini kepada kenalan korang.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dikala kesusahan. Kemungkinan besar bakal berlaku masalah kekurangan makanan suatu hari nanti, mungkin pada ketika itu ini adalah salah satu cara yang kita boleh gunakan.

Semoga bermanfaat!

Post Berkaitan

Leave a Reply