Ul4r Tak Mahu Lepas Dari Tangan, Lelaki dikejar Ke Hospital Dgn Tangan Masih Dibelit

Sebuah kejadian yang berlaku di Ho Chi Minh City dimana Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Cho Ray di wilayah Tay Ninh selepas dipatuk ular tedung dalam satu kejadian semalam.

Lebih memedihkan lagi, sewaktu tiba di hospital, ular tersebut kelihatan masih kekal membelit tangan mangsa.

Pengarah Jabatan Perubatan Tropika di hospital tersebut, Dr. Nguyen Ngoc Sang berkata, mangsa berusia 38 tahun yang mengalami kecederaan parah di peha itu ditempatkan di bilik kecemasan pada 12.45 pagi hari kejadian. 

“Mangsa turut mengalami simptom-simptom seperti quadriplegia, anak mata membesar dan anaphylaxis.

“Melihat keadaan mangsa yang parah akibat racun daripada gigitan ular tedung itu, pihak doktor segera memindahkannya ke bahagian Jabatan Penyakit Tropika di sini untuk rawatan,” katanya, memetik laporan VOV.

Dalam pada itu, mangsa segera dirawat dengan 10 botol serum anti-racun ular sebelum mula menunjukkan tanda-tanda reaksi positif seperti menggerakkan anggota badan dan membuka matanya, lapor VOV lagi.

Ketika ini, walaupun mangsa sudah sedikit sembuh, namun pemantauan terhadap komplikasi kardiovaskular dan kelumpuhan otot tetap dijalankan.

Tambah Dr. Sang, selain saraf mangsa tercemar dengan toksik, otot jantungnya juga berkemungkinan turut mengalami keracunan.

Bagaimanapun, menurut laporan tersebut, mangsa dilaporkan masih boleh bernafas setakat ini.

Kronologi awal kejadian
Mengimbas kembali, berdasarkan maklumat keluarga mangsa, pada awalnya anak mangsa ternampak seekor ular besar berada di kebun epal mereka.

Melihat penemuan itu, anak mangsa kemudiannya menjerit sebelum mangsa tampil ke lokasi berkenaan untuk bertindak.

Sejurus ditemui, mangsa mengangkat ular tersebut dengan tangannya sendiri, lalu ular tersebut mematuk peha kanannya.

Ketika dipatuk, mangsa memegang kepala ular itu sebagai langkah untuk menyelamatkan diri, namun usahanya menemui kegagalan apabila reptilia tersebut bertindak ganas membelit lengan dan lehernya.

Pada saat genting itu, ahli keluarga mangsa menggunakan tali elastik untuk diikat di bahagian peha mangsa yang terkena patukan bagi menghalang racun ular itu merebak.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Awam Tay Ninh dalam keadaan sedar, cuma mengalami sesak nafas pada waktu itu, sebelum luka patukan di pehanya itu dicuci dan dirawat.

Bagaimanapun, 30 minit selepas itu, tubuh mangsa didapati mula menampakkan kesan lebam kebiru-biruan serta mangsa turut mengalami gejala sesak nafas.

Ekoran itu, pihak doktor memasang tiub alat bantuan pernafasan bagi membantunya bernafas secara mekanikal dan menjalani prosedur untuk dipindahkan dari hospital itu ke Hospital Cho Ray untuk rawatan lanjut.

Dalam masa sama, ular yang berukuran sekitar 2.5 meter panjang serta seberat 4.6 kilogram itu pula diikat rapi di bahagian mulutnya untuk dibawa ke hospital yang sama bagi tujuan pengecaman sebelum disahkan bahawa ia adalah daripada jenis ular tedung.

Post Berkaitan

Leave a Reply