I Muslim Network

Online network to spread knowledge for da'wah

Gara-gara Ingin Bertemu Lelaki Dikenali Dalam “Online Game”, Gadis Sanggup Jual Motor Ayah Buat Modal Beli Tiket “Flight”

Baru-baru ini viral satu video kisah seorang gadis yang ‘terkandas’ di lapangan terbang yang telah merasa serba salah untuk berjumpa denga rakan yang dikenali di dalam permainan talian. Kejadian ini berlaku di Jambi bersamaan dengan hari Selasa lalu itu ‘membongkar’ sebuah cerita yang mengejutkan.

Gadis remanja itu telah diercayai menjual motosikal bapanya semata ingin berjumpa dengan rakan lelakinya itu. Menerusi Tribun Timur, gadis itu tekad bertindak sedemikian kerana ke Jakarta  dengan menaiki kapal terbang.
Namun begitu, beliau mula meragui tindakannya selepas telah berfikir tentang kedua ibu bapanya ketika berseorangan di situ. Beliau merasa kebingungan dan hanya mampu menangis. Terasa kasihan atas gadis remaja itu, seorang gadis, Monik yang juga berada di lapangan terbang itu datang dan menenangkannya.

 

“Ketika itu saya melihat remaja tersebut seperti kebingungan, saya menghampirinya dan bertanya keadaannya. Ternyata dia dari Jambi dan hendak ke Jakarta untuk menemui rakan lelaki yang dikenali menerusi permainan dalam talian,” katanya.

Menerusi nya lagi, gadis tersebut juga mahu ke Jakarta dengan membawa wang bernilai Rp 20 juta (RM 5,771) adalah merupakan hasil yang didapati selepas menjual motor bapanya. Gadis itu telah dipercayai memberontak dan nekad untuk jumpa dengan lelaki yang dikenalinya itu namun tidak diteruskan kerana keluarganya dapat mengetahui perkara itu setelah rakaman tersebut menjadi viral.

“Sebenarnya dia tetap berkeras ingin berangkat ke Jakarta tetapi mujurlah video itu viral dan pihak keluarganya datang ke lapangan terbang untuk menjemputnya. Tidak cuma itu, remaja itu juga secara tidak sengaja bertemu dengan seorang guru sekolahnya, akhirnya dia membatalkan hasrat untuk ke Jakarta,” jelas Monik.

 

 

Post Berkaitan

Leave a Reply