Menjerit-jerit orang risau Harimau Bintang makan kucing dalam telaga. Apa terjadi selepas buat semua orang keluar air mata.

Walaupun dianggap sebagai haiwan pemangsa, harimau bintang bukanlah sejenis haiwan yang akan menyerang haiwan pemangsa lain termasuklah anjing dan kucing.

Tetapi sebuah video yang telah menarik perhatian ramai di media sosial ini menunjukkan seekor kucing berhadapan dengan seekor harimau bintang setelah kedua-dua haiwan itu terjatuh ke dalam perigi.

Menurut timbalan konservator hutan tempatan, harimau bintang dan kucing itu terjatuh ke dalam perigi setelah berlaku kejar-mengejar antara kedua-dua haiwan tersebut.

Dalam video yang tular itu, dapat dilihat harimau dan kucing itu sedang duduk berjarak di sisi perigi sambil bersemuka sebelum harimau bintang itu cuba mendekati kucing berkenaan dan kucing itu berdiri untuk melindungi dirinya.

Namun harimau bintang itu kemudian membuktikan bahawa dia bukan cuba untuk mencederakan kucing tersebut dan hanya ingin bermain, sementara kucing itu masuk ke bawahnya.

Kedua-dua kucing itu akhirnya dikeluarkan dengan selamat beberapa jam kemudian oleh anggota jabatan hutan dari perigi berkedalaman 25 hingga 30 kaki itu dengan bantuan kren.

Harimau bintang tersebut pula dilepaskan ke habitatnya semula dan ini membuatkan netizen lega mendengar kesudahan kejadian yang berlaku di India itu.

“Lagi berani dari kebanyakan manusia…”

“Aku adik kau jangan makan aku…”

“Kucing lebih takut air dia sanggup risikokan diri dimakan…”

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Terima Kasih!

Post Berkaitan

Leave a Reply