bazar ramadan terlalu padat, Muhyiddin ingatkan agar tetap patuhi SOP

Memadangkan bulan Ramadan telah tiba, sudah pasti yang selalu dinanti-nantikan adalah bazar Ramadan. Mestilah ramai yang rindu untuk berkunjung ke bazar akibat tahun lalu bazar ramadan tidak dibenarkan operasi kerana dunia dilanda pandemik.

Akan tetapi, meskipun kerajaan sudah membenarkan bazar Ramadan untuk beroperasi, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pengunjung supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bazar Ramadan.

Menurut Perdana Menteri, penularan COVID-19 masih belum pulih dan rakyat perlu memastikan keselamatan diri serta orang lain.

“Saya berharap pengunjung dapat mematuhi SOP, bukan hanya di bazar Ramadan di Putrajaya tetapi di bazar lain di seluruh negara” jelasnya.

Beliau juga berkata yang keadaan sekarang masih lagi belum reda dan kita semua haruslah berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan juga orang di sekeliling,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook malam ini.

ADVERTISEMENT

Muhyiddin juga berkata, yang beliau meluangkan masa membeli juadah berbuka di bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya selepas selesai waktu bertugas.

Perdana Menteri berkata, beliau sempat berbual-bual dengan peniaga dan pengunjung selain meninjau tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan, ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya dapati pihak penganjur ada mengambil langkah-langkah perlu. Antaranya memisahkan laluan masuk dan keluar pengunjung, jumlah gerai dikurangkan bagi mewujudkan jarak bersesuaian serta menempatkan petugas bagi mengingatkan pengunjung mengenai pematuhan jarak fizikal.

Beliau juga berpesan agar semua amalkanlah penjarakan fizikal dan cuci tangan menggunakan ‘sanitizer’ sebelum dan selepas berada di tempat yang dikunjungi ramai orang.

Beliau turut mendoakan rezeki peniaga dilipat-gandakan sepanjang Ramadan dan dijauhkan daripada jangkitan COVID-19.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *