Misteri Lelaki Berjalan Kaki Sambil Peluk Batu Nisan, Ini Yang Terjadi Sebenarnya!
Pastinya kita pernah mendengar bahawa ada orang yang dirasuk sehingga bertindak diluar kawalan. Gangguan daripada makhluk halus sememangnya wujud. Perkara ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh beberapa pengguna TikTok ini yang memuat naik rakaman seorang lelaki dikatakan mengalami gangguan makhluk halus sehingga berjalan seorang diri dengan membawa sebiji batu nisan pada waktu pagi.
Video tersebut tular selepas akaun bernama @syed.muhammad.arif dan @wansun11 memuat naik video itu dengan mempunyai beberapa bahagian. Suasana turut menjadi sedikit panik apabila lelaki yang membawa batu nisan itu jatuh selepas ayat kursi dibacakan dan meronta-ronta ketika dipegang.
Lelaki berkenaan seakan bingung selepas sedar dari dirasuk dan hanya menjawab ‘tidak tahu’ sahaja apabila ditanya beberapa soalan daripada orang ramai yang berada di tempat kejadian. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa seram dengan situasi berkenaan.
Dalam salah satu kapyen di video yang tular, pengguna TikTok itu sempat menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika belajar silat atau mengambil ilmu hitam kerana boleh jadi ia memakan diri. Walaupun tidak merujuk kepada individu yang dirasuk itu, namun dia tetap berharap agar segala urusannya dipermudahkan lebih-lebih lagi melibatkan gangguan dari makhluk halus.