Belum Menpunyai Rezeki Cahaya Mata ,Pasangan Suami Isteri Berkongsi Kasih Sayang Dengan Kucing “OKU” Yang Diambil Dari Jalanan .

Pertemuan seorang pemuda dengan seekor kucing yang dalam kesakitan umpama telah ditakdirkan.Bayangkan keadaan seekor kucing yang terpaksa mengesot dan menahan kesakitan,merayu simpati serta perhatian manusia yang lalu lalang berhampirannya.

Kesakitan serta kecederaan parah yang dialami menyebabkan kucing tersebut gagal mengawal pundi kencingnya,mengakibatkan dirinya basah dengan air kencing sendiri.

Ahmad Rashid terdahulu berkongsi video Bubu yang gembira berjalan dengan bantuan ‘Kerusi Roda’ yang dibinanya.

“Harini tak sepahkan apa-apa,kacau merpati makan je”

“Tumpang lalu ,kucing kurang upaya nak tumpang jalan sikit ,”tulisnya di dalam group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Ahmad Rashid ,Bubu,yang merupakan seekor kucing jantan dijumpainya di bawah flat tempat tinggalnya di Petaling Jaya ,Selangor.

“Saya jumpa Bubu bulan Mei haritu ,masa tu dia tak la kecil sangat”

“Keadaan Bubu masa tu memang menyedihkan masa tu,dia mengesot kat bawah rumah sambil terkencing-kencing”,

“Memang kesian sangat masa tu dia macam merayu minta orang bawak di pergi klinik untuk dapatkan rawatan atas kesakitan dia”,katanya

Ahmad Rashid yang berkerja sebagai pentadbir keselamatan berkata ,Bubu disahkan patah tulang di beberapa bahagian di bawah badannya .

Jelasnya ,Bubu terpaksa menjalani rawatan untuk merawat tulang belakangnya yang menelan belanja lebih RM3000.

“Tak pasti kenapa tulang belakangnya patah ,mungkin sebab ada orang buang nya dari atas atau jatuh ,mungkin juga kena pukul”

 

“Tapi kecederaan yang dialami menyebabkan Bubu tidak boleh bangun “,Jelasnya,tambahnya lagi Bubu semakin pulih .

Selain Bubu dia juga ada membela seekor lagi kucing yang diberi nama Tam.

Walaupun dengan kecacatan yang dialaminya,Bubu masih tetap aktiv seperti kucing biasa yang lain serta mempunyai keinginan keluar rumah untuk bermain.

“Setiap hari dia akan tengok je abang dia main melalui tingkap,jalan – jalan kat luar”,katanya

Ahmad Rashid yang bersimpati dengan Bubu kemudiannya mendapat idea untuk membina alat sokongan bagi membolehkan Bubu bergerak.

“Dia selalu merayu kalau tak boleh keluar,jadi saya buat alat bantuan untuknya berjalan untuk mudah bawaknya keluar”,

“Saya dapat ilham dari Lazada jadi saya modify sikit -sikit ,rakan-rakan dalam Group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini pun banyak bagi idea”,jelasnya

Ahmad Rashid yang masih belumk dikurnia kan cahaya mata berkata Bubu memamng manja dengan dirinya dan juga isterin,Mazatul Hitiah Adnan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.