Video Beruk Kena Overtime. Permintaan Kelapa Tiba-Tiba Naik Mendadak.

Sungai Siput – WALAUPUN kepenatan, pemetik kelapa di daerah ini tersenyum lebar berikutan peningkatan mendadak tempahan daripada orang India sempena merayakan Deepavali.

Pada kebiasaan sebelum ini mereka hanya memetik sehingga 200 kelapa namun sejak hampir tiba Deepavali, jumlah itu meningkat kepada 300 sehingga 600 sehari.

Aman Asri, 52 berkata, dia menggunakan dua beruk dewasa berusia dua tahun untuk memetik kelapa sekitar Chemor dan Sungai Siput.

“Saya mengehadkan tempahan untuk beberapa hari ini daripada pengusaha di Brikfields dan beberapa pengusaha kuih berikutan bimbang tak dapat penuhi permintaan mereka.

“Bagaimanapun, saya tidak menaikkan harga, kelapa belum dikupas kekal RM1.30 sebiji manakala siap dikupas pula RM1.60,” katanya.

Dia yang 20 tahun terbabit dalam aktiviti itu berkata, berikutan peningkatan tempahan ada pemilik pokok enggan membahagikan secara sama rata jumlah keseluruhan kelapa dipetik mengikut perjanjian sebelum ini.

“Sekarang pemilik pokok memilih untuk bayar upah memetik pada kebiasaannya RM1 sebiji. Mengikut perjanjian sebelum ini kalau petik 500 biji maka 250 atau separuh dari keseluruhan kelapa jadi milik saya.

 

“Sekarang mengikut sistem upah saya hanya dapat RM250, jadi pemilik pokok dapat untung lebih mereka juga bebas jual buah itu kepada sesiapa saja,” katanya.

Difahamkan purata harga kelapa dikupas kepada pengusaha santan atau kuih sekarang ialah RM2 sebiji manakala belum dikupas RM1.70 atau RM1.80 sebiji.

Tuan Beruk : Arini ada masuk order lagi tak ?

Beruk : Jap Check.

selepas 5 minit…

Beruk : Takde Boss.

Tuan Beruk : Ok, hari ni cuti. Mandi puas-puas

Beruk : Yeayyyy!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.