Cara Buat Cili Jeruk Rangup & Tahan Lama. Menambah Selera Rasa Makanan Anda.

Bila makan mi sup, kue tiaw goreng atau masakan panas lain, rasanya tidak lengkap tanpa cili padi jeruk. Ini yang menambahkan selera sampai habis satu mangkuk pun tak sedar.

Biasanya, kalau nak makan cili jeruk nie, hanya ada kat kedai-kedai makan sahaja. Nak buat sendiri, bimbang tak kena cara atau tak jadi.

Sebenarnya, boleh saja kalau nak buat cili padi jeruk kat rumah. Rajin atau tidak. Kalau buat, dapatlah banyak dan boleh simpan buat stok.

Buat penggemar cili jeruk ini, Wan Sabariyah Wan Amit ada berkongsi resepi dan cara nak buat. Tak adalah susah sangat pun. Nanti boleh cuba kat rumah.

1. Sampai rumah mak, terus ke kebun sekangkang kera beliau untuk memetik cili padi. Kikiki.


2. Kita buang tangkainya dahulu. Saya kurang gemar kalau tangkai berselerak dalam botol.


3. Rendam sebentar dengan air kapur ya. Saya rendam dalam 30 minit. Kemudian air kapur tersebut kita buang dan bilas bersih cilinya ya. Kapur adalah agen untuk merangupkan cili kita tadi ya.


4. Celur cili dalam air yang mendidih sehingga layu.


5. Toskan cili dan ketepikan seketika.


6. Didihkan air, cuka (saya guna cuka seperti dalam gambar ni), gula dan garam. Sejukkan sebentar. Kena didihkan atau masak dulu cuka dan air ni ya untuk tujuan supaya cili jeruk kita tahan lama dan tidak berkulat. Saya pakai agak-agak je sukatan. Tapi kalau sukatan lebih kurang 1/2 cawan cuka, 1/4 cawan air, 1/2 sudu gula, 1/2 sudu garam.


7. Masukkan air cuka dan cili padi yang telah sejuk ke dalam botol dan boleh la di simpan dalam freezer. Esok dah boleh makan dengan kuey teow goreng, bihun goreng dan macam-macam lagi.


8. Siap

Selamat mencuba. Terima Kasih

Post Berkaitan

Leave a Reply