Cara Buat Cucur Udang Rangup & Gebu. Menu Minum Petang Paling Menyelerakan.

Sedapnya, makan panas-panas dicicah pula dengan sos cili yang masam, pedas dan manis. Cucur udang antara resipi popular rakyat Malaysia untuk dinikmati saat minum petang. Menu ini tidaklah susah untuk dibuat, hanya memerlukan beberapa jenis bahan sahaja.

Ada yang suka memasukkan sayur yang banyak, ada pula yang suka menggunakan daun kucai sahaja, namun ada juga yang tak nak sayur langsung. Terpulang kepada selera masing-masing. Bagi penulis, cucur udang enak kalau ada sayur yang banyak.

Berkongsi resipi kepada umum, SuiSan Aliezsha menerangkan bagaimana cara dia menghasilkan cucur udang yang enak serta gebu. Memang cantik hasil air tangannya. Jom kita teliti cara untuk membuat makanan ini ;-

Bahan-bahan

1 kg Tepung Gandum

Sepaket Mauripan

Udang (Saiz udang terpulang kepada kesukaan masing-masing)

Sedikit Serbuk Kunyit

Garam (secukup rasa)

Cara membuatnya:

Sediakan bekas, masukkan tepung, mauripan, garam dan serbuk kunyit bersama. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Selepas mendapat adunan yang dikehendaki, masukkan daun kucai dan kacau sebati.
Biarkan adunan seketika sehingga hingga ia mengembang.
Untuk mendapatkan bentuk cucur udang yang cantik sekata, gunakan senduk besi. Semasa panaskan minyak, rendam senduk supaya adunan tidak melekat pada senduk besi.
Letakkan udang ke atas cucur yang hendak digoreng.
Selepas cucur nampak garing sekata, angkat. Siap untuk dihidang.

Post Berkaitan

Leave a Reply