Cara Buat Kubis Goreng Bertumis Mamak Style. Kekal Ranggup Dan Kuning Menyala.

Kalau makan nasi di restoran mamak, mesti kita akan ambil kubis tumis atau kubis goreng ini jadi sebahagian lauk.

Warna kuningnya salah satu sebab buat kita terpanggil untuk kaut masuk pinggan. Selain itu kerangupannya kubis ini juga buat ia jadi tambah sedap.

Bagi yang teringin nak buat sendiri di rumah, boleh cuba ikut cara yang dikongsi oleh @Mayahkitchen.
Buat sendiri kubis tumis ‘Mamak style’

Bahan-bahan

Kubis – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris nipis
Cili kering & cili api – dipotong
Segenggam daun kari
1 sudu kecil halba campur
1/2 sudu serbuk kunyit
Serbuk perasa
Daun ketumbar – dipotong

Cara membuat:

1.Panaskan minyak masak, masukkan 2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih yang dihiris nipis.

2. Tumis hinggga layu, kemudian masukkan lada kering dan cili api yang dipotong. Tumis hingga bahan layu, guna api sederhana.

3. Kemudian masukkan daun kari segenggam.

4. Masukkan halba campur dan 1/2 sudu serbuk kunyit, gaul sebati.


5. Seterusnya boleh masukkan kobus yang dipotong. Gaul sebati.

6. Tak perlu masak lama, dalam 1-2 minit saja. Kecilkan api. Jangan masak lama, supaya ada rasa chrunchy dan ada warna hijau.

7. Boleh masukkan bahan perasa, gaul sebati sekejap.

Dah siap, tak perlu masuk garam kerana gunakan serbuk perasa yang cukup rasa.

Selamat mencuba.

Sumber: @Mayahkitchen

Post Berkaitan

Leave a Reply