Cara Buat Kuih Gegatas Untuk Anda Tak Suka Manis. Sedap & Tak Perlu Sira. 

Kuih Gegatas merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Banjar. Rasanya yang lemak-lemak manis pasti memikat selera. Namun ia agak sukar diperolehi. Jadi bagi yang nak rasa, boleh cuba resepi perkongsian saudari Nadia Ismail.

Istimewanya, resepi yang dikongsi ini tidak terlalu manis kerana ia tidak disira. Sesuai sangat bagi anda yang tak berapa gemas kuih yang terlalu manis. Namun jika suka Kuih Gegatas yang disira, boleh juga buat sedemikian. Ikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.

RESEPI KUIH GEGATAS KURANG MANIS

BAHAN-BAHAN:

1/2 biji kelapa parut
2 cawan tepung pulut
2 senduk tepung gandum
1 sudu teh garam
Air secukupnya
Gula – dikisar halus

CARA MEMASAK:

1. Campurkan kelapa parut, tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas bersesuaian.

2. Uli dengan air hingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat di tangan.


3. Bentukkan adunan menjadi leper dan lebar kemudian goreng menggunakan api sederhana hingga kekuningan.


4. Angkat, toskan kuih dan salutkan dengan gula yang telah dikisar terlebih dahulu. Ia akan menghasilkan Kuih Gegatas yang kurang manis.


5. Namun jika suka kuih yang disalut gula seperti kuih keria, boleh juga hasilkan sedemikian. Sedia untuk dinikmati.

Post Berkaitan

Leave a Reply