Cara Buat Perangkap Lipas Paling Mudah Dan Berkesan. Hanya Guna 3 Bahan Sahaja.

Adat memiliki anak-anak kecil, meskipun telah dipesan berulang kali agar menjaga kebersihan,namun sisa makanan yang tercicir pasti tetap ada didalam kereta. Perkara ini sekaligus mampu mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas.

Geram melihat kemunculan kehadiran serangga perosak ini, kami kongsikan cara mudah untuk memerangkap lipas-lipas kecil yang berkampung di dalam kereta anda hanya dengan menggunakan dua bahan.

BAHAN-BAHAN:

3 senduk minyak masak terpakai

2 sudu kecil marjerin/ Planta

1 sudu kecil susu pekat

CARA MEMBUAT:

1) Sediakan bekas plastik kosong yang sudah tidak digunakan lagi.

2) Masukkan minyak masak terpakai atau minyak masak yang telah digunakan didalam bekas plastik tersebut. Tidak perlu membazir menggunakan minyak masak yang baru.

3) Kemudian, campurkan pula dengan Planta atau majerin.

4) Setelah itu, tambahkan dengan sedikit susu pekat.

5) Letakkan bekas campuran minyak tadi di mana-mana yang anda rasa berpotensi untuk menangkap lipas, seperti bawah tempat duduk kereta.

Tip Ekstra: Seeloknya letakkan bekas tersebut pada waktu malam dan biarkan semalaman, ketika kereta atau dapur tidak digunakan dan lihatlah hasilnya pada keesokkan hari.

Selamat mencuba!

Post Berkaitan

Leave a Reply