Ada tak penggemar roti Mexico kat sini? Kalau ada, jom kita try buat roti Mexico guna roti keping . Sangat simple dan semestinya sedap. Kalau nak jimat dari beli kat luar, elok buat sendiri roti ni kat rumah. Follow je resepinya di sini.
Roti keping yang dah nak expired jangan biar sampai rosak. Korang boleh buat puding, roti telur dan roti Mexico macam ni. Confirm laju je habis kalau korang buat roti Mexico tau. Nak beli kat luar boleh tahan mahal juga sebijik roti Mexico ni.
Roti Mexico kat luar mungkin rasanya terlalu manis. Kalau buat sendiri kat rumah, rasa manisnya korang boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Adjust kuantiti gula icing yang korang akan gunakan dalam resepi ni nanti.
Kalau korang nak tahu lebih detail cara penyediaan roti Mexico yang menggunakan roti keping ni, korang boleh follow resepi yang di kongsikan oleh Encik Shahrin Saad melalui laman Fesbuknya. Confirm teruja dengan hasilnya.
Menurut Encik Shahrin Saad, isterinya iaitu Syazwani Abu Hanifah selalu menyediakan mereka roti Mexico untuk sarapan pagi. Tak perlu nak uli tepung pun. Hanya guna roti keping, korang dah boleh makan roti Mexico homemade.
RESEPI ROTI MEXICO GUNA ROTI KEPING
Mesti korang tak sabar nak buat kat rumah kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni. Kalau semua bahan dah ada, bolehlah buat esok pagi.
Bahan-bahan yang diperlukan :
1/4 cwn butter
1/4 cwn gula icing (nak manis @ kurang boleh adjust ikut citarasa)
1 biji telur
1/4 cwn tepung gandum
3 sudu besar bancuhan nescafe/ kopi (pekat)
CARA PENYEDIAAN ROTI MEXICO GUNA ROTI KEPING
:
- Untuk topping kopi tu pukul butter + gula icing + telur sampai kembang.
- Lepas tu masukkan bancuhan nescafe atau kopi pekat dan tepung gandum.
- Gaul semua bahan sehingga sebati. Kemudian, boleh masukkan dalam piping bag dan pipe kan kat roti tu atau guna sudu pun boleh.
- Sebelum tu kat roti tu boleh letak inti atau jem apa-apa lagi sedap.
- Bakar 10-15 minit ikut oven masing-masing.
Siap untuk dimakan. Wah! Berebut anak-anak nak makan. Kalau hidang waktu panas-panas korang akan rasa roti ni garing je. Bahagian dalamnya pula boleh diintikan dengan pelbagai jenis rasa contoh jem, coklat atau butter.
Roti Mexico ni boleh di makan bila-bila masa yang korang suka. Lebih sesuai di hidang untuk sarapan pagi dan minum petang sekeluarga. Tak sampai setengah jam roti dah siap dihidang. Yang suka roti Mexicowajib cuba resepi ni.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Shahrin Saad bersama isterinya kerana sudi berkongsi resepi roti Mexico guna roti keping ini di Fesbuk. Semoga ianya bermafaat buat kita semua. Selamat mencuba!