Cara Buat Sapuan Mentega Bawang Putih, Cuma Perlu Gaul Sahaja. Dah Rasa Macam Garlic Bread Hotel 5 Star.

Jika anda teringin nak makan garlic bread lepas ini boleh terus je buat kat rumah. Cara penyediaanya juga sangat mudah hanya gaul sahaja. Resipi perkongsian Aida Md Tahir ini hanya mengunakan 3 bahan sahaja. Modal pun tak sampai RM10.

Mari kita ikuti perkongsian dibawah

RESIPI GARLIC SPREAD HOMEMADE
Kena pandai berjimat cermat nak makan garlic bread. Jadi kita buat SAPUAN GARLICNYA. . senang.. jimat. Sebuku je tu butternya.. gitu gini modal tak sampai RM10 rasanya. Leh dapat sebekas tu penuh membuak buak.. tahan lama tu kalau dibuat perhiasan dalam peti ais.. kalau kerap guna kejap je habisnya dan boleh ulang buat lagi. Senang… Cepat.. jimat duit ko.. agak-agak kalo memalam kebulur.. cari roti.. sapukan dan grillkan kejap settle diamkan perut yang menjerit jerit tu…

Kita kasi share resepi mudah ni

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :
Sebuku butter
Bawang putih (cincang halus dalam 2 genggam)

CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Dalam mangkuk, satukan butter yang sudah lembut dan bawang putih yang sudah dicincang. Gaulkan sebati. Masukkan juga parsley flakes dan gaul rata.

2. Simpan dalam bekas tertutup dan letak dalam peti ais.

3. Sapu garlic spread pada roti dan bakar dalam oven atau atas kuali.

Selamat Mencuba

Post Berkaitan

Leave a Reply