Cara oem buatan cincau di kampung vs di kilang, mana satu lebih confident? #cincau #bolehlah #bolehtakkantakboleh
CARA TRADISIONAL
- Daun cincau di kutip dan dijemur sehingga warna bertukar ke coklat kemerahan.
2. Rendam dan basuh dahulu daun cincau.
3. Masukkan ke dalam periuk besar dan tekan2 padatkan daun di bawah. Pastikan daun tak terapung nanti lepas masukkan air.
4. Petik api dan bakar 5minit untuk hasilkan habuk alkali. dan selepas itu masukkan air banyak2 dan keluarkan batu bata.
5. Tekan daun cincau macam nie. dan mulakan kacau tak berhenti lepas air mendidih selama 15minit.
6.Selepas itu proses menapis level 1..level 2 dan seterusnya level 3 menggunakan kain
7. Selepas itu, tuang sup cincau pekat dalam bekas aluminium dan biarkan sejuk selama 45minit. setelah sejuk, barulah di potong kecil dan masukkan dalam plastik atau boleh dipotong kecil.
CARA KOMERSIAL
1. Proses yang sama pada awalnya. Daun cincau di kutip dan dijemur sehingga warna bertukar ke coklat kemerahan.
2.Rendam dan basuh dahulu daun cincau.
3.Masukkan ke dalam periuk besar dan tekan2 padatkan daun di bawah dan rebus sehingga mendidih.
4.Masukkan benda ni pengganti habuk bakar cincau 5 minit tu. Semua proses dari tapis sehingga siap menggunakan mesin.