Susu pekat manis adalah antara salah satu bahan pemanis yang banyak digunakan dalam masakan dan juga minuman harian. Aneka kek, manisan, kopi susu, Teh Tarik, semua menggunakan pemanis ini. Setin harganya boleh tahan juga. Jadi apa kata kita buat sendiri. Senang je sebenarnya nak buat sendiri susu pekat manis ni secara homemade. Rasa pun sama je dengan yang dibeli. Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan? Saudari Syazwani Bakhari ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba.
RESIPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air panas
1/3 cawan marjerin
2 ½ cawan gula halus
1 paket susu tepung (berat 300gm)
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuatnya, mudah sahaja. Mula-mula masukkan air panas, gula, marjerin dan susu tepung ke dalam bekas atau mesin pengisar.
2. Kisar semua bahan hingga jadi halus. Kaup balikkan supaya semua sebati.
3. Susu pekat manis homemade siap disediakan dan sedia untuk digunakan dalam pelbagai masakan dan minuman.
INFO: Jika susu pekat manis anda kurang manis, campurkan gula sedikit demi sedikit hingga mendapat kemanisan yang anda suka. Jika cair, masukkan lagi susu tepung. Ubah suai teksturnya mengikut selera masing-masing.