Cara-cara bagaimana buatkan Kucing menganggap tuan mereka sebagai ibu bapa.

Sama seperti anjing, kucing secara umumnya boleh hidup secara dalam kumpulan mahupun secara sendirian – semuanya bergantung kepada faktor perkembangan awal, pengagihan sumber dan pengalaman seumur hidup seperti interaksi dengan manusia.

Mereka sebenarnya berupaya membentuk ikatan istimewa dengan manusia. Kajian mendapati bahawa kucing mempunyai keupayaan kognitif sosi al. Sama seperti bayi, kucing juga melihat anda sebagai ibu bapa mereka!

Berikut merupakan beberapa penjelasan tentang anggapan berkenaan :

#1 Kucing merupakan haiwan yang bersosi al

Kebanyakan kucing memiliki keperluan sosi al. Mereka boleh berinteraksi dan bekerjasama dengan haiwan lain. Kucing juga merasai rasa kehilangan, justeru mereka akan cuba untuk bersosi al dan mencipta ikatan dengan manusia.

Malah, pakar juga mengatakan bahawa kucing turut menganggap bahawa kita adalah kucing juga. Bersaiz besar namun kita masih lagi dianggap sebagai kucing. Mereka melihat kita sebagai keluarga.

#2 Rasa terikat dengan anda

Kucing akan sentiasa berdekatan dengan anda. Mereka cuba untuk terlibat dalam apa yang anda lakukan. Setelah mereka mencipta corak ikatan dengan anda, ia akan menjadi stabil sepanjang masa.

Tingkah laku ini akan berterusan sehinggalah mereka dewasa. Ini bermakna kucing anda melihat anda sebagai penjaga utama.

#3 Mereka tertekan jika anda tiada di sisi

Mengikut satu ujian yang dibuat, kucing akan mula rasa tidak selamat dan tertekan setelah ditinggalkan keseorangan tanpa tuan di dalam bilik selama 2 minit.

Mereka lazimnya akan lari ataupun menyembunyikan diri. Tahap stres mereka akan berkurangan setibanya anda pulang.

#4 Anda merupakan tempat paling selamat baginya

Kucing mempunyai keupayaan untuk membezakan keselamatan dan rasa tidak selamat terhadap manusia. Menurut kajian, peratusan tinggi kucing merasa keselamatan mereka lebih terjamin apabila bersama pemiliknya.

Majoriti kucing memilih tuan mereka sebagai sumber keselamatan pertama, sama sepertik anak-kanak dengan ibu bapa.

#5 Mereka sebenarnya ambil berat akan anda

Walaupun tidak ditunjukkan dengan jelas, kucing anda sebenarnya ambil berat akan tuannya. Terdapat beberapa cara berbeza untuk menzahirnya. Sebagai contoh, melalui dengkuran manja, mengerdipkan mata, mendedahkan perut, menggesalkan tubuh bahkan mahu menjilat anda!

Apabila kucing menjilat tuan mereka, mereka berasa sangat santai dan mahu membuktikan kepada tuan mereka bahawa mereka mempercayai anda sepenuhnya, sama seperti kepercayaan yang terbina di antara seorang anak terhadap ibu bapa sendiri.

Cuba anda perhatikan kucing anda di rumah. Kini anda sudah pun tahu bahawa mereka sebenarnya menganggap kita sebagai ibu bapa mereka bahkan turut mengganggap kita juga sebagai seekor kucing. Namun sejauh mana layanan anda terhadap mereka, adakah sama seperti melayan seorang anak?

Post Berkaitan

Leave a Reply