Kucing memang ada kalanya nakal dan boleh melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan ramai. Sama juga seperti gelagat seekor kucing ini yang dimar4hi oleh pemiliknya kerana membuang air di atas sofa.
Gelagatnya yang selamba membuang air di atas sofa turut membuatkan pemilik kucing itu tersangat mar4h terhadapnya. Dalam masa yang sama netizen turut terhibur melihat reaksi pemiliknya yang membebel dengan gaya tersendiri.
Pada gambar dan video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang baring di sebuah meja di ruang tamu rumah pemiliknya dengan posisi merajuk dan menutup muka. Menurut pemiliknya, kucingnya itu telah membuat hal dengan membuang air di atas sofa ruang tamu.
Perempuan itu kemudian mula membebel melihatkan kenakalan kucingnya ini dengan gaya seorang memar4hi anak-anaknya yang nakal. Lebih mencuit hati, kucing itu juga dilihat kekal di atas meja itu dan pasrah mendengar bebelan dari pemiliknya.
Video :
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gaya lelaki itu membebel pada kucingnya ini. Dalam masa yang sama, netizen turut terhibur dengan reaksi kucing itu yang seakan-akan pasrah mendengarnya.