Tiada apa yang paling besar melainkan kasih ibu. Sifat penyayang bukan sahaja ada pada insan yang bergelar ibu sahaja tetapi kasih ibu itu meliputi semua makhluk termasuklah haiwan. Haiwan juga mempunyai sifat ibu yang penyayang.
Haiwan juga sayangkan anaknya, sering kita lihat banyak haiwan yang menjaga anaknya dan menyusukan anaknya yang masih kecil. Tetapi pernah tak anda melihat haiwan yang menyusukan bukan anaknya bahkan bukan dari jenis haiwan sepertinya lagi.
Telah tular sebuah rakaman video yang telah dimuatnaik di laman sosial facebo0k Reel apabila seekor beruk sedang menyusukan seekor anak kucing. Walaupun bukan beruk sepertinya tetapi disusukan juga anak kucing itu.
Rakaman video itu telah mendapat tontonan beribu orang yang terharu melihat seekor beruk yang menyusukan anak kucing. Kelihatan beruk itu tenang sambil menunggu anak kucing itu meminum susu. Reaksi yang ditunjukkan itu menunjukkan bahawa beruk itu memang ingin menyusukan anak kucing comel itu.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang terharu melihat seekor beruk yang mempunyai kasih ibu yang mendalam dan memuji yang bahkan seek0r binatang mempunyai perasaan sayang.
Komen Netizen:
Sumber :