Setiap ibu bapa perlu peka tentang keberadaan anak2 mereka terutama bayi2 yang masih kecil merangkak dan baru sahaja tahu berjalan dimana kadang2 mereka ini sangat pantas….. sekelip mata sahaja sudah tiada depan mata. Kelekaan ibu bapa dalam menjaga anak-anak terutamanya yang masih kecil boleh mengundang banyak perkara yang tidak diingini. Jadi perlu sentiasa peka supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Sebuah Video berdurasi 10 saat yang dikongsi di Facebook Love Kuala Selangor, memaparkan seorang bayi sedang merangkak di luar kawasan perumahan berseorangan tanpa pemantauan ibu dan bapanya. Namun lokasi dan kejadian tidak dapat dipastikan.
Rata-rata orang ramai menyelar kelekaan ibu bapa kepada bayi itu.
“Ya Allah, kalau (usia) dua atau tiga tahun boleh terima lagi, ini bayi, memang kena maki mak ayah dia ini.
“Anak siapa lah ini, kunci pintu bukan susah pun, teringin sahaja nak maki mak dan bapa budak ini,” kata Nur Miskinah.
“Teruk betul, macam mana bayi boleh merangkak macam itu? geramnya lah aku,” tulis Muhammad Nur Arif.
“Ini kalau macam ini, senang kerja penculik, bila anak hilang mula la, pagar rumah itu tutup la,” ujar Normaliza Osman.