Rindu Kat Kampung Tapi Tak Sangka ”Jumpa Gambar Ayah Nak Pergi Masjid Dalam “Google Street”

Ini salah satu kerinduan yang paling menyakitkan apabila merindui orang yang dah tak ada untuk selamanya. Hanya gambar dan video sahaja boleh jadi kenangan untuk mengubat rasa rindu yang ada dihati ini.

Bila terjumpa gambar-gambar lama dengan insan tersayang dalam simpanan, pasti teruju kan. Bagi seorang individu dengan nama @topanjey di Tiktok, dia tak sangka kerinduan terhadap kampung halaman bila terjumpa gambar arwah ayahnya dan terakam aplikasi Google Street.

Dalam video tersebut ternampak seorang lelaki yang lengkap berbaju putih dan berkopiah di hadapan rumahnya, dipercayai hendak ke masjid sekitar kawasan tersebut.

“Mula-mula ingat nak street nak tengok kawasan rumah sebab rindu. lepastu terjumpa pulak (gambar) arwah ayah. Masa ni arwah ayah ada lagi. Masa ni juga ayah mesti nak ke masjid. Kalau arwah sihat mesti dia dah pergi ke masjid tiap waktu. Al-Fatihah..”

Video tersebut telah menyentuh hati ribuan orang yang sihat mendoakan allahyarham.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman amin..

Saya dah dapat tengok rumah pun dah berkaca air mata, ini pulak kalau jadi kat mak ayah saya.

Rasa rindu nak balik tengok mak ayah

Sumber: @topanjey via: onviral.my

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *