Kedai dia ramai orang, kedai sebelah kosong. Rupanya pelaris ini dia pakai.

Kebanyakan premis perniagaan biasanya pasti akan meletakkan CCTV atau kamera litar tertutup untuk langkah keselamatan. Baru-baru ini pula, gelagat dua ekor kucing yang menjadi CCTV bagi restoran ini menarik perhatian ramai dengan gelagat mereka ini.

Bukan sahaja kelihatan melucukan malah netizen turut sama ‘geram’ melihat kecomelan kucing ini bergayut di atas restoran tersebut. Ada yang turut sama terhibur melihat gaya kucing tersebut yang hanya memerhatikan sahaja para pelanggan yang masuk.

Pada gambar dan video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan situasi lucu yang berlaku semasa dia menjamu selera di sebuah restoran ini. Biasanya peniaga akan meletakkan CCTV sahaja untuk merakamkan suasana di sekitar premis mereka.

Namun di restoran ini, sesuatu yang unik berlaku apabila dua ekor kucing dilihat sedang berg4yut di hadapan restoran sambil memerhatikan pelanggan. Lebih mencuit hati lagi, mereka juga kelihatan sama seperti CCTV yang sibuk memant4u keadaan di sekeliling.

Pada penghujung video, salah seekor dari kucing itu akhirnya tersedar gelagat mereka itu sedang dirakamkan pemilik video. Melihat gelagat mereka ini, netizen turut berseloroh mungkin juga kucing itu sebenarnya sedang membuat rancangan untuk membawa lari makanan pelanggan.

Menerjah di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat lucu mereka ini. Malah ada yang berseloroh mujur juga kucing itu hanya bergayut sahaja di situ dan tidak mengganggu pelanggan yang lain.

Post Berkaitan

Leave a Reply