Laksa Ibu Paling Mudah Nak Buat, Tak Perlu Carik Isi Ikan. Rebus, Kisar Dan Terus Masak. Confirm Tak Ada Tulang
Sebut sahaja laksa pasti teringat akan kesedapannya. Ia biasnya dihidangkan bersama kuah yang pekat, pedas, masam dan sangat beraroma dari dua bahan iaitu daun kesum dan bunga kantan. Penggunaan ikan yang segar juga memperngaruhi rasa kuah laksa itu sendiri.
Jika anda teringin nak makan laksa anda boleh buat sendiri. Lagi KAW rasanya. Dan tidak perlu risau kerana tidak akan ada bau hanyir.
Nak buat laksa yang KAW?
Anda boleh ikuti perkongsian resepi oleh Puan Ameera ini.
LAKSA BY IBU
Tips ibu share ni laksa kita masak tak hanyir, bau wangi semerbak 2 kilometer.
Penyediaan 25 minit siap semua!
Kenapa masak laksa sampai 1 jam ha? Jom follow step ibu.
Ambil resipi ni buat niaga, Insyaallah ramai yang suka. Ibu halalkan. Jangan lupa tengok gambar last pelis
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Rebus ikan kembung lemak. Selepas rebus boleh buang air rebusan.
2. Tidak perlu asingkan isi ikan. Masukkan ikan ke dalam blender dan sedikit air.
3. Kisar halus semua ikan yang telah direbus.
4. Tapis ikan yang telah dikisar tadi menggunakan raga. Semua tulang akan terkumpul dalam raga jadi hanya isi yang akan dimasak.
5. Jika isi tadi terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ketepikan.
BAHAN UNTUK SAMBAL
Bahan untuk sambal. Jika sukakan pedas boleh tambah cili padi. Sukatan yang digunakan ini sesuai untuk tahap kepedasan anak-anak.
6. Kisar semua bahan.
7. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
8. Ambil segenggam asam keping dan masukkan ke dalam sambal tadi. (Asam keping buat sendiri ni).
9. Masak sambal sampai menggelegak
10. Kemudian terus masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ke dalam sambal.
11. Masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.
12. Kuah sudah masak bila mendidih.
HASILNYA.. SEDAP UUOLS
LICIN.. HEHE
Selamat mencuba!